Lex Spa tawar pakej eksklusif dan istimewa

Urutan badan dan muka menjadi pilihan utama pelanggan di Lex Spa

TENANG dan mengasyikkan malah mendamaikan jiwa itulah yang mampu diungkapkan tatkala melangkah masuk ke Lex Spa yang terdapat di Lexis Suites Penang.

Disambut dengan senyuman manis terapis spa bagaikan satu keseronokkan dan keasyikkan yang memberi 1,001 rasa apabila mendapatkan perkhidmatan urutan spa di sini.

Lex Spa yang terletak di Tingkat 8 menyediakan dan menawarkan pelbagai pakej promosi urutan badan khas untuk wanita yang mementingkan penampilan diri agar lebih cantik dan menawan.

Eksekutif Spa, Jolene Chuah menanti kunjungan anda dengan senyuman mesra

Bagi Eksekutif Spa, Jolene Chuah berkata, perkhidmatan spa yang diberikan terdapat dalam pelbagai kategori dan pakej serta ia turut dibuka kepada pelanggan lelaki serta kanak-kanak mengikut pakej yang tertentu.

Pelbagai pilihan pakej istimewa disediakan Lex Spa

Menurutnya, Lex Spa kini sedang mempromosikan ‘Sparadise Hours’ dimana menawarkan perkhidmatan urutan badan selama satu jam dengan pilihan urutan samada Urutan Tradisi Melayu atau Urutan Bali.

Bilik Urutan secara ‘single’
Bilik urutan untuk dua orang atau secara berpasangan berkonsepkan urutan ‘SIDE BY SIDE’

Pakej istimewa ini dibuka setiap hari kecuali cuti am dari jam 1 petang hingga 5 petang dengan harga RM128 nett berbanding harga biasa RM190 nett dan ia cukup menjimatkan.

Selain itu juga, Lex Spa turut menawarkan Prepaid Spa Voucher pada harga RM298 dimana setiap pemegang baucher akan memperolehi tawaran hebat dan eksklusif antaranya 3 pas pakej urutan badan selama satu jam secara percuma dan 3 pas bernilai RM50 dan ia boleh digunakan sebagai tebus nilai bagi setiap pakej bernilai RM100 ke atas.

Untuk urutan badan dan refleksologi pakej yang ditawarkan adalah RM190 bagi tempoh masa sejam dan RM280 bagi tempoh masa 90 minit manakala urutan Aroma Stone pula adalah RM300 bagi tempoh 90 minit.

Urutan muka cukup mempersonakan dan mendamaikan jiwa

Bagi urutan belakang badan bagi tempoh 30 minit pula ditawarkan serendah harga RM115 dan bagi reflexologi kaki ditawarkan pada harga RM75 untuk 30 minit dan RM130 untuk 90 minit.

Bilik urutan untuk satu orang
Bilik urutan badan secara ekskusif disediakan

Tidak terkecuali rawatan Hair, Scalp dan Shoulder bagi tempoh masa 45 minit ditawarkan harga serendah RM150 serta rawatan scrub dan wraps ditawarkan pada harga antara RM125 hingga RM135 untuk tempoh masa 45 minit.

Kepuasan dan keselesaan pelanggan menjadi keutamaan Lex Spa

Lex Spa turut menawarkan rawatan muka dari harga RM108 hingga RM298 selain rawatan pedicure dan manicure pada kuku dan kaki ditawarkan serendah RM65 hingga RM135 mengikut pakej-pakej yang disediakan.

Untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun turut disediakan rawatan khas mengikut pilihan urutan bermula dari harga RM45 hingga RM90 bagi tempoh masa 30 minit.

Bagi pakej Love secara berpasangan pula ditawarkan harga istimewa iaitu RM516 berbanding harga biasa RM606 dan setiap pakej meliputi pakej urutan selama 90 minit didalam bilik khas dan menikmati rawatan secara side by side iaitu Tea Time & Lime Foot Ritual, Bali Massage, Relaxing Foot Massage dan Set Meal di Umi Japanese Restaurant.

Bagi pakej harmoni untuk keluarga pula ditawarkan pada harga RM208 untuk dewasa dan RM132 untuk kanak-kanak bagi tempoh 90 minit manakala pakej Happy Kids ditawarkan pada harga RM145 bagi tempoh 90 minit.

Pakej Pedicure & Minicure turut ditawarkan dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan
Selepas selesai urutan setiap pengunjung ditawarkan Hot Pillow bersama Air Halia

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 604-6282888 atau email : reservations@lexissuitespenang.com.

#sempoibaqhangbyabgrudy
www.mercikkk.com

Link : Instagram – mercikkk_official
Facebook page : mercikkk.com Official
Web : www.mercikkk.com