Wed. Feb 20th, 2019

Ms Ratu Kebaya 2018 kembali lagi dengan hadiah lebih RM62,000

 

Tiga jelitawan turut serta memberi sokongan kepada Pertandingan Ratu Kebaya 2018

ANDA cantik, menawan dan berbakat,” inilah peluang keemasan yang bakal diperolehi oleh setiap gadis apabila menyertai pertandingan Ratu Kebaya 2018.

Lebih istimewa lagi buat kali kesembilan petandingan ini diadakan membabitkan peserta-peserta dari Pulau Pinang dan juga dari beberapa negeri lain.

Ratu Kebaya 2018 dianjurkan Kompleks Bukit Jambul JMB dan pastinya acara yang berprestij ini turut memberi peluang dan ruang kepada bakal jelitawan melangkah ke peringkat antarabangsa.

Antara tetamu dan penaja yang hadir

Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Operasi KBJ Joint Management Body (JMB), KH Chan berkata, pertandingan ini akan turut dianjurkan bersama Velvet Signature Sdn Bhd.

Menurutnya, Ratu Kebaya 2018 turut dianugerahkan juga anugerah Face of Beauty 2018 yang mensasarkan untuk membantu membangunkan wanita muda bukan sahaja cantik tetapi lengkap dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

Katanya, pertandingan ini juga menyediakan platform terbaik untuk mempromosikan industri pelancongan tempatan khususnya kebudayan dan keseniaan, makanan dan tempat-tempat menarik.

“Selain mendapat sokongan kerajaan negeri dan pelancongan negeri dan paling istimewa kehadiran Exco Pelancongan, Kebudayan dan Kesenian negeri, Yeoh Soon Hin turut mewarnai acara ini;” katanya ketika ditemui semasa sidang media.

Ratu Kebaya 2018 menawarkan hadiah lebih RM62,000 kepada bakal pemenangan dan acara ini akan bermula pada 21 dan 22 Julai bagi peringkat pemilihan awal diikuti peringkat separuh akhir pada 17 Ogos dan akhir pada 25 Ogos.

Juara akan membawa pulang anugerah Ratu Kebaya 2018 disamping wang tunai RM10,000 manakala pemenang kedua, RM3,000 dan ketiga RM2,000 berserta hadiah iringan yang lain.

Bagi Mrs Ratu Kebaya 2018 pula turut membawa pulang wang tunai RM3,000, Kedua (RM1,500) dan ketiga RM1,000 serta hadiah iringan yang lain.

Miss Face of Beauty 2018 pula akan menerima hadiah berupa wang tunai serta hadiah iringan lain dan tiket penerbangan pergi dan balik ke India.

Sebagai rebutan bakal-bakal pemenang berpeluang untuk memenangi anugerah Miss Best Talent, Miss Body Perfect , Miss Photogenic, Miss Velvet Popularity, Miss Compassion Ambassador dan Miss KBJ Popularity .

Kemeriahan Ratu Kebaya 2018 tidak lengkap dimana setiap tahun turut diadakan program kebajikan dengan mensasarkan kutipan berjumlah RM50,000 untuk disalurkan kepada empat rumah kebajikan yang dipilih.

Antaranya adalah Handicapped Children Centre Penang, Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy, Rumah Orang-Orang Tua Uzur dan Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang.

Apa yang diharapkan usaha untuk akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bagi mereka yang ingin menyertai Ratu Kebaya 2018 , Mrs Ratu Kebaya 2018 dan Ms Face of Beuty Malaysia 2018 boleh mendapatkan borang di kaunter pertanyaan di Tingkat 1, Kompleks Bukit Jambul atau Facebook Rasmi Kompleks Bukit Jambul

Sekalung perhargaan kepada penaja termasuk KBJ, Velvet Signature Sdn Bhd, Penang Tourism dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Event Partner – Kamdar / Mydin dan Eyetalk Eyewear

Official Hair Do – Baptain

Official Make-up – Elianto

Apparel Sponsor

Official kebaya wear – Rona RNT

Official Designer Wear – Rosemary

Official Sport Wear – Body Glove

Official photography – Society of Photograper Penang

Grand final venue sponsor – The Top

Return Tiket to India – PSC Travel

Florist – Dream Florist

Hotel – G Hotel, Neo+ Penang dan Gurney Hotel

Spa / Slimming – Cres dan Danai Spa

Info 

Ms Ratu Kebaya 2018 – (16-40 tahun)

Mrs Ratu Kebaya 2018 – (35-55 tahun)

Miss Face of Beauty Malaysia 2018 (16-25 tahun)

#sempoibaqhangbyabgrudy 

www.mercikkk.com