4 menu set makanan tengah hari di Mezzanine

4 menu set makanan tengah hari dari Mezzanine.

Gabungan dua menu makanan tempatan dan dua menu antarabangsa menjadi tarikan Hotel Iconic Pulau Pinang dalam mempromosikan set makan tengah hari atau set lunch ‘Lunch Munch’ di Mezzanine.

Bermula setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang pastinya mampu menarik perhatian pengunjung yang ingin menikmati juadah makan tengah hari pada tawaran harga yang cukup menjimatkan.

Pengurus Besar Hotel Iconic Pulau Pinang, Kevin Cheah berkata, promosi Lunch Munch sebenarnya mempunyai tarikan yang tersendiri kerana menu makanan yang disajikan cukup istimewa dan menarik.

Beliau berkata, antara menu makanan yang dipromosikan di Mezzanine antaranya adalah Wok Fried Tom Yam Noodles, Fiery Fried Rice, Bruschetta dan Grill Chicken with Seduction Juice.

Katanya, bagi mereka yang lebih suka pedas, Wok Fried Tom Yam Noodles atau Mee Tomyam Goreng antara pilihan yang sesuai kerana disajikan bersama taugeh, udang dan herba tempatan yang membangkitkan aroma kepedasan mee itu sendiri.

Wok Fried Tom Yam Noodles memang pedas dan mengancam

“Bagi mereka yang lebih gemar nasi goreng boleh mencuba Fiery Fried Rice kerana nasi goreng yang disajikan mempunyai pelbagai menu tambahan dalam nasi goreng iaitu udang, isi ayam, satay, keropok, telur mata kerbau, timun dan tomato.

Fiery Fried Rice sungguh istimewa

“Harga bagi kedua sajian tempatan ini amat murah sekitar RM12.90 nett dan setiap hidangan disertakan minuman panas dan sejuk sama ada teh o ais limau atau kopi atau teh panas,” katanya.

Kevin berkata, bagi dua sajian antarabangsa pula ditawarkan Bruschetta dan Grilled Chicken with Seduction Juice pada harga RM18.90 setiap satu.

“Bruschetta disajikan menggunakan roti gandum yang dipotong, isi ayam cincang bersama tomato puree, cili, salad campuran dan kentang goreng.

Bruschetta cukup istimewa

“Bagi Chicken Grilled with Seduction Juice menampilkan paha ayam panggang yang digoreng bersama perasa yang tersendiri, salad dan kentang goreng,” katanya.

Grilled Chicken with Seduction Juice

Setiap pengunjung juga boleh membuat tempahan menu tambahan serendah RM3 boleh menikmati sama ada salad atau sup pilihan chef.

Terdapat enam sup pilihan chef antaranya Sup Cendawan, Sup Ayam, Sup Wintermelon, Sup Tomyam, Sup Herba dan Sup Cina.

Sup Cendawan

Adanya pelbagai pilihan menu sama ada menu tempatan dan menu antarabangsa memiliki tarikan aroma yang tersendiri dan ia pasti menjadi pilihan pelanggan yang menjamu selera di Hotel Iconic Pulau Pinang.

Bagi pengunjung yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 04-5059988.

SELAMAT MENJAMU SELERA DI RESTORAN MEZZANINE