Gabungan tiga budaya sarapan pagi terbaik dari Hotel Iconic Pulau Pinang

Pelbagai aneka roti dan keju disajikan dalam menu sarapan pagi

Gabungan tiga budaya menjadi pilihan dan tarikan utama pengunjung ketika menikmati sajian sarapan pagi di Hotel Iconic Pulau Pinang.

Sentuhan masakan antarabangsa, tempatan dan cina ketika melangkah masuk ke dalam Restoran Mezzanine yang berada di aras M dan pastinya ia memang cukup istimewa dan melazatkan sekali.

Pelbagai rasa yogurt

Bermula dengan pelbagai pilihan aneka bijirin termasuk Chock Chek, Froot Loops dan Cornflakes boleh dinikmati sama ada dengan susu panas atau susu sejuk.

Tidak ketingggalan minuman panas teh dan kopi serta empat pilihan jus oren, epal, jambu batu dan nenas diberikan secara percuma kepada semua.

Sarapan pagi pastinya tidak akan lengkap tanpa salad bar dan hirisan daging ayam, tuna dan isi itik selain empat pilihan yogurt iaitu kosong, lobak merah, anggur dan bawang putih dan memang sempoi abis.

Brie Cheese sedap

Sajian masakan antarabangsa yang menjadi pilihan setiap kali bersarapan pagi pastinya tidak akan melepaskan peluang mencuba sosej ayam, ayam, kentang goreng herba dan tomato cherry salted.

Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan roti bersama mentega serta roti pandan kaya, telur mayonis, kacang serta roti segar putih dan roti gandum serta roti four season.

Aneka jenis roti
Pilihan muffin yang gebu dan sedap

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang meminati keju turut disediakan Brie Cheese dan Mildcheedar Cheese di kaunter sejuk selain pelbagai aneka muffin dan danish pastries.

Untuk mereka atau pengunjung yang vegetarian turut disediakan kaunter khas buat anda iaitu baked beans, nasi goreng vegetarian, mee goreng udon dan sayur-sayuran.

Kek pandan pilihan ramai

Buat mereka yang meminati sajian tempatan, nasi lemak bersama sambal dan kari ayam disajikan serta dua pilihan bubur iaitu bubur kosong dan bubur ayam dengan telur masin, ikan bilis dan lain-lin termasuk pau kukus dan dim sum kukus.

Bahan2 nasi lemak

Pilihan buah-buahan tempatan juga disediakan termasuk popia goreng, french toast, chicken teh dan chinese tea leaf egg, mee soba dan sup kosong.

Kari ayam sedap

Bukan itu sahaja kaunter telur juga turut menyediakan masakan omellete, telur goreng serta waffle dan pancake dengan pilihan krim kaya, madu, kacang lepa dan lain-lain.

 

Omellete wow memang padu

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang ingin menikmati juadah sarapan pagi boleh mengunjungi Mezzanini mulai dari jam 6 pagi hingga 10.30 pagi.

Dim sim kukus

Kentang goreng yang lembut
Baked Beans

Harga bagi bufet sarapan pagi adalah RM45?nett (dewasa) manakala kanak-kanak RM22.50 nett.

Untuk pertanyaan boleh hubungi 604-5059988.