Wed. Feb 20th, 2019

Pameran Pengantin Hotel Royale Chulan yang awesome

Tiga jelitawan memperagakan busana pengantin yang diadakan di Pameran Pengantin The Royale – credit photo SUNNYSAN PHOTOGRAPH

PERNAHKAH anda mimpikan satu mahligai perkahwinan yang indah lagi mempersonakan serta menjadi kenangan terindah dalam hidup sampai bila-bila.

Bagi merealisasikannya Hotel Royale Chulan Pulau Pinang melancarkan satu pameran indah iaitu Pameran Perkahwinan The Royale 2018.

Penghiasan katil yang sungguh cantik – photo by Sunnysun Photography

Pameran yang diadakan sepanjang bulan Julai bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang memberi peluang kepada bakal-bakal pengantin mencari kelainan dan keunikkan dalam majlis perkahwinan mereka.

Bagi Pengurus Besarnya, Philip D. Theseira berkata, sebagai sebuah hotel yang menjadi pilihan dan inspirasi buat setiap pengantin tidak mengira sama ada pelanggan tempatan mahupun luar negara untuk mengadakan majlis perkahwinan di Hotel Royale Chulan.

Menurutnya kejayaan pameran yang diadakan sejak dua tahun lalu, Hotel Royale Chulan ternyata mendapat sambutan yang cukup mengalakkan dan kini kembali pada tahun ini dengan pelbagai tarikan yang tersendiri.

Pameran ini diadakan di Bousted Hall, Aras 1 dengan pelbagai hiasan indah yang diubahsuai oleh Glory Florist yang merupakan rakan rasmi pameran pengantin pada tahun ini.

Hiasan baju pengantin yang cukup mempersonakan. Gambar Sunnysan Photography

Setiap pengunjung yang hadir pada pameran pengantin ini berpeluang untuk melihat sendiri segala kemudahan yang disediakan sambil mengadakan perbincangan bersama pegawai jualan hotel yang sedia menanti kedatangan anda.

Barisan tetamu yang hadir – Gambar Sunnysan Photography

Pelbagai tawaran istimewa dan pakej menarik disediakan kepada pengunjung atau pelanggan yang hadir pameran pengantin termasuk pelanggan yang mengesahkan tempahan majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan sepanjang bulan Julai ini.

Upacara perasmian Pameran Pengantin The Royale – Gambar Sunnysan Photography

 Sebagai tambahan, bagi pelanggan yang telah mengesahkan majlis perkahwinan mereka di Hotel Royale Chulan turut berpeluang memenangi percutian secara percuma dan baucer makanan dari Royale Chulan Hotels & Resorts Group.

Tidak ketinggalan mereka juga berpeluang menerima tiket masuk secara percuma untuk dua orang ke Made In Penang Interactive Museum serta baucer Afternoon Tea Promo with TWG Tea di Tea Room untuk dua orang dan satu sabun istimewa bercorak hati oleh Royale Chulan Penang.

Bagi pengunjung yang hadir Pameran Royale Affair Wedding Showcase juga menerima hadiah percuma berupa beg hadiah bernilai RM350 yang mengandungi baucer hadiah dari 

Lava Nails, Mon Cherri, Made In Penang Interactive Museum, Mon Cherri, Pisces Space Studio, VKN Jewellers dan Bridal Trend!.

Inilah peluang keemasan untuk anda atau pengunjung yang hadir pameran pengantin dan pastinya segalanya disediakan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang istimewa, menarik, unik, extravaganza dan tradisional.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 

ROYALE CHULAN PENANG

No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 Penang, Malaysia

Tel: (604) 259 8888 

 Fax: (604) 2501111                   

Website: www.royalechulan-penang.com