Sentuhan Gabungan Dilmah Tea dalam bufet di DoubleTree Resort By Hilton

Pelbagai perisa Dilmah Tea yang sempoi[/caption]

Sedap dan mempersonakan apabila gabungan teh bersama masakan tiga generasi bangsa dijadikan tarikan istimewa buat pertama kalinya oleh Hotel DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang.

Gabungan pelbagai perasa Dilmah Tea dalam pelbagai sajian makanan, minuman dan tidak ketinggalan kek dan lain-lain yang menggunakan aroma asli Dilmah Tea dari Ceylon, Sri Lanka di Cafe Makan Kitchen.

Penulis berkesempatan menikmati bufet makan malam Dilmah Tea di DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang

Bagi Eksekutif Chef, Chef Fairul Famir berkata, sajian istimewa bufet makan malam “Dilmah Tea Buffet Dinner” ini akan bermula dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 dengan hanya RM99 nett untuk dewasa dan RM49 nett untuk kanak-kanak pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Beliau berkata, idea memperkenalkan menu terbaru menggunakan Dilmah Tea adalah sesuatu yang istimewa dan pertama kalinya dilakukan menerusi tiga gabungan masakan Melayu, Cina dan India.

Hidangan pencuci mulut berperisa teh yang menawan

Katanya, jika kita lihat gabungan perasa tea seperti Green Tea atau Peppermint Tea mempunyai benefit kesihatan yang tersendiri buat orang ramai dan adanya gabungan masakan baik dari pembuka selera, sup, salad, hidangan utama serta pencuci mulut semuanya diadun dan dilengkapi pelbagai aroma rasa Dilmah Tea dengan rasa yang tersendiri.

“Terdapat lebih 40 menu masakan Melayu, Cina dan India disajikan dengan pelbagai menu dan ia tidak termasuk sajian pencuci mulut yang pastinya membangkit selera pengunjung yang datang menikmati “Dilmah Tea Buffet Dinner” di sini.

Salad Udang Mangga yang melazatkan

“Paling istimewa pastinya menu masakan seperti Daging Bakar Peppermint Tea, English Breakfast Tea Petola Tumis Air, Stir Fried Ginger Beef with Earl Grey Tea, Chinese Lemon Tea Chicken, Peppermint Tea Lamb Rogan Josh dan Masala Tea Spinach Kuttu.

Chinese Lemon Chicken yang lazat

 

 

 

 

 

Peppermint Lamb Rogan Josh yang sempoi
Ayam Tandoori yang ranggup


Sotong Masak Teh Halia
Daging Bakar Peppermint Tea

“Apa yang menarik di sebalik harga bufet yang istimewa iaitu RM99 nett bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 bagi pelanggan ketiga yang datang bersama-sama dua rakan mereka hanya perlu membayar 61 sen sahaja dan ianya hanya sah pada setiap Jumaat sahaja.

“Bukan itu sahaja bagi pengguna Maxis atau pengguna kad kredit Standard Chartered, Maybank, CIMB, Citibank, OCBC layak untuk mendapat potongan diskaun 20 peratus dari harga bufet,”katanya.

Sementara itu terdapat caj tambahan termasuk minuman iaitu RM58 nett dan RM98 nett untuk free flow minuman ringan atau minuman keras mengikut pilihan.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi atau membuat tempahan di talian 604-892 8000 or email PENMB_FB@hilton.com.

#Kindly note that the rates for this promo are inclusive of 10% service charge and subject to prevailing taxes such as 0% GST and 6% SST.