Ratu Kebaya 2018 menjadi debaran buat 38 Jelitawan

Peserta Separuh Akhir Ratu Kebaya mengabdikan kenangan bergambar terindah sekitar kawasan tarikan pelancongan

DEBARAN 38 jelitawan kini semakin memuncak apabila bakal dinilai dan dipilih dalam saringan peringkat Separuh Akhir Miss Kompleks Bukit Jambul (KBJ) Ratu Kebaya 2018 dan Miss Face Of Beauty International Malaysia 2018 yang akan diadakan di Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas Jumaat ini.

Antara peserta MissRatu Kebaya 2018

Antara peserta MissRatu Kebaya 2018
Antara peserta MissRatu Kebaya 2018

Jika sebelum ini pada peringkat saringan lebih 100 jelitawan dari seluruh negara termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu hadir mencuba nasib.

Segalanya bakal terjawab nanti apabila 25 jelitawan bakal dipilih ke peringkat akhir yang akan diadakan di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 25 Ogos depan.

Peserta Ratu Kebaya 2018 bergambar dihadapan Kompleks Bukit Jambul

Pemenang Ratu Kebaya 2018 bakal menerima wang tunai RM10,000 manakala pemenang kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 berserta hadiah iringan yang lain.

Peserta Mrs Ratu Kebaya 2018
Peserta Mrs Ratu Kebaya 2018

Untuk pemenang Mrs Ratu Kebaya 2018 akan menerima wang tunai RM3,000 manakala kedua pula akan memenangi wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000 bagi pemenang tempat ketiga selain hadiah-hadian iringan yang cukup menarik.

Bagi pemenang Miss Face of Beauty International Malaysia 2018 pula bakal mewakili negara berserta wang tunai RM3,000 serta hadiah iringan yang lain termasuk tiket penerbangan pergi dan balik ke New Delhi, India.

melawat TheTop Komtar

Bukan calang-calang pertandingan Ratu Kebaya yang diadakan ini kerana setiap pertandingan yang diadakan mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu selain turut serta dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengunjungi beberapa rumah kebajikan.

Tahun ini, empat rumah kebajikan dipilih selain mensasarkan kutipan amal bernilai RM40,000 untuk disalurkan kepada Handicapped Children Centre Penang, Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy, Rumah Orang Tua Uzur dan Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, kerjasama utuh yang terjalin antara pengurusan Kompleks Bukit Jambul dan Velvet Signature Sdn Bhd sejak 2010 membuktikan Pertandingan Ratu Kebaya terus mendapat sambutan dari para jelitawan yang ingin memiliki takhta mahkota Ratu Kebaya yang menjadi rebutan.

Bukan itu sahaja, Ratu Kebaya juga telah memasuki tahun kedua dalam permilihan Miss Malaysia Face Of Beauty Malaysia dimana pengasas utama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Face Of Beauty Ltd, Mila Manuel melantik Ivan Choo selaku Pengarah Face of Beauty International Malaysia 2018.

Setiap peserta yang menyertai Ratu Kebaya secara automatik mendaftar sebagai peserta Face of Beauty International Malaysia dan pemenang akan dipilih sekaligus mewakili negara pada 7 hingga 17 September 2018 di New Delhi, India.

Bagi peringkat Separuh Akhir Ratu Kebaya 2018 kesemua peserta turut berdebar untuk mengetahui pemenang bagi kategori Miss KBJ Popularity apabila mereka terpaksa bersaing sesama mereka manakala bagi anugerah Miss & Mrs Ratu Kebaya 2018, Miss Face of Beauty International 2018 Malaysia, Miss Best Talent, Miss Body Perfect, Miss Photogenic, Miss Velvet Popularity, Miss Personality, Miss Congeniality, Miss Personality Eyetalk, Miss Greenxagon, Crowning Glory dan Miss Baptain Popularity yang akan dipilih pada peringkat akhir nanti.

Pertandingan Ratu Kebaya ini mendapat pengikhtirafan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pelancongan Pulau Pinang yang bertujuan untuk memperkenalkan daya tarikan serta mempromosikan lokasi menarik sekitar Pulau Pinang diperingkat pasaran tempatan dan luar negara kepada pelancong luar.

Pada peringkat Separuh Akhir satu lokasi tarikan pelancongan di Pinang Peranakan Mansion dipilih untuk menguji sejauh mana kemampuan peserta untuk dipilih sebagai pemenang Miss Photogenic pada peringkat akhir nanti selain turut melawat beberapa lokasi termasuk pejabat akhbar.

Sekalung perhargaan kepada penaja

KBJ RATU KEBAYA 2018
SPONSORS:-
KBJ would like to thank our generous partners and sponsors below:
Event Supported by: Penang State, Penang Tourism, Penang Tourism Organization (PTO)
Co-Organizer: Velvet Signature
Event Partner: KAMDAR, MYDIN, EYETALK
Official Hairdo: Baptain Hair Salon & Cutter Cove
Official Makeup: Style Flash Beauty & Image Centre
Official Hair Care Product: Greenxagon Marketing
Official Photographer: Society of photographers Penang
Official Videographer: Studio 123
Official Photo Shooting Venue: Pinang Peranakan Mansion
Grand Final Venue Sponsor: The Top KOMTAR
Apparel Sponsors: Rose Mary Haute Couture, Butik Ronna Rnt, Body Glove, KAMDAR
Sponsors:
G Hotel, Hotel Neo+, The Gurney Resort Hotel & Residences Penang, Mei Hotel, Hotel Penaga, PST Travel, Dream Florist, CRES Wellness Sdn Bhd, Danai Spa, The Top-Tower Spa, Brilliant Watch, Eugene Perma