Wed. Feb 20th, 2019

Sempoiiiilahhh….25 finalis Ms & Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018 begitu teruja

TIADA yang mampu diperkatakan oleh kesemua 25 finalis Ms & Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018 apabila berpeluang bersantai sambil beriadah dan melawat pusat tumpuan pelancong sekitar Georgetown pagi tadi.

Lawatan yang dibawakan Kompleks Bukit Jambul (KBJ) bersempena saingan peringkat akhir Ms & Mrs Ratu Kebaya 2018 yang bakal berlangsung di The Top, Komtar pada 25 Ogos ini.

Pengurus Besar KBJ, Crystal Wong berkata, tujuan lawatan dan kunjungan ini dibuat selain turut mengadakan sesi fotografi selain memberi pendedahan awal kepada kesemua peserta agar lebih yakin dan tidak gugup sebelum menjelangnya final nanti dan beberapa lokasi menarik telah dipilih untuk dikunjungi bermula seawal jam 6.45 pagi apabila kesemua finalis berkumpul di Kompleks Bukit Jambul, Bayan Baru sebelum bergerak ke Georgetown.

Beliau berkata, kesemua peserta akan dibawa ke beberapa lokasi termasuk memberi peluang kepada mereka menaiki beca mengelilingi pusat bandar dan lokasi tumpuan pelancong antaranya God of Mercy, Masjis Kapitan Keling, Khoo Kongsi, Mural Art Armenian Street, Little India, Occupy Beach Street, Waterfall Hindu Temple, Wat Chaiyamangkalaram Temple, Kek Lok Si sebelum ke Mei Hotel dan menikmati juadah makan tengah hari di Hotel Penaga.

Katanya, apa yang lebih menarik kesemua peserta perlu menghadiri kelas tarian yang diadakan di Gurney Paragon sebelum kembali semula ke Kompleks Bukit Jambul dimana saingan akhir semakin hampir untuk mereka menyiapkan diri sebagai persediaan kerana Final Ms & Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018 menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu hadiah berupa wang tunai RM10,000 selaku juara dan RM3,000 di tempat kedua dan RM2,000 bagi tempat ketiga dalam kategori Ms KBJ Ratu Kebaya 2018.

“Bagi pemenang Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018 akan menerima wang tunai RM3,000 manakala RM1,500 dan RM1,000 bagi pemenang kedua dan ketiga dan bagi kategori Miss Face Of Beauty International 2018 Malaysia pula akan menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000, hadiah iringan dan tiket penerbangan pergi dan balik ke New Delhi, India.

“Turut menjadi rebutan kepada kesemua jelitawan adalah anugerah Ms Best Talent, Ms Body Perfect , Ms Photogenic, Ms Velvet Popularity, Ms Personality, Ms Congeniality, Ms Personality Eyetalk, Ms Greenxagon Crowning Glory dan Ms Baptain Popularity,” katanya.

Wong berkata, selaku penganjur pihaknya begitu optimis dan terbaru apabila penganjuran Ratu Kebaya 2018 yang kini sudah memasuki tahun kesembilan terus mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari lebih 100 peserta dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sekalung perhargaan kepada penaja:-

KBJ, Velvet Signature Sdn Bhd, Penang Tourism dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Event Partner – Kamdar, Mydin dan Eyetalk Eyewear
Final Official Venue : The Top, Komtar
Photo Shooting Venue : Pinang Peranakan Mansion
Official Hair Do – Baptain
Official Make-up – Style Flash Beauty & Image Centre
Official photography – Society of Photograper Penang
Official Video – Video Studio 123
Official Designer Wear, Rosemary Haute Couture
Official Hair Care Product – Greenxagon
Official kebaya wear – Ronna RNT
Official Sport Wear – Body Glove
Batik Pareos – Kamdar (Semi Final)
Return Tiket to India – PST Travel
Florist – Dream Florist
Hotel – G Hotel, Neo+ Penang dan The Gurney Resort Hotel & Residences, Hotel Penaga, Mei Hotel,
Spa / Slimming – Cres Wellness Sdn Bhd dan Danai Spa

Others Sponsor : Brillant Watch, Eugune Perma & Tower Spa at The Top

Tahniah kepada peserta akhir Ms KBJ Ratu Kebaya 2018 dan Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018

Ms KBJ Ratu Kebaya

1. Alya Iman Abdul Manab
2. Brenda Poh Jia Wen
3. Deborah Francis Gabriel
4. Fifi Filan Tisya Mohd Zain Othman
5. Josephine Yeap Zi Qi
6. Liau Hui Yin
7. Noor Liyana Syazwani Mohamad Nur Hadi
8. Nurul Aina Mahmood Ghazali
9. Phang Jing Mun
10. Saitissyhaa Kunasekaran
11. Syazwani Abdul Rahim
12. Talita Arlis
13. Tan Yin Shuang
14. Tya Phang Kar Yi
15. Wan Atiqah Aqila Ismail

Mrs KBJ Ratu Kebaya

1. Chris Cheong
2. Elain Heng See Hwa
3. Gooi Swee Feng
4. Gow Kim Ee
5. Vanessa Tan Eng Hooi
6. Irene Tan Ai Ling
7. Oo Li San
8. Valeria Antonella
9. Siti Mariam Sayude
10. Ang See Mei

#kbjratukebaya2018 #ratukebaya #mskbjratukebaya #mrskbjratukebaya #kebaya #beauty#pageant #kbj #kompleksbukitjambul #mercikkk.com #sempoibaqhangbyabgrudy #officalportal #mercikkk.comofficial

Miss Popularity KBJ 2018Phang Jing Mun kelihatan cantik jelita