Wed. Feb 20th, 2019

KBJ Ratu Kebaya 2018 milik Phan Jing Mun

Gadis manis, Phan Jing Mun, dari Perak membuktikan kemenangan menjadi mutlak miliknya apabila dianugerahkan Miss KBJ Ratu Kebaya 2018 yang diadakan di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgetown malam tadi.

Jing Mun, 22, mahasiswi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang mengalahkan 14 lagi peserta akhir yang terpilih sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000, crown, trofi, sash, jambangan bunga dan hadiah iringan yang lain yang kesemuanya bernilai RM15,800.

Terdahulu gadis tinggi lampai ini turut memenangi Miss KBJ Popularity 2018 ketika peringkat Separuh Akhir dan Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500, crown, sash dan hadiah iringan lain bernilai RM2,000.

Malam akhir ternyata memberi tuah kepada Jin Mun apabila menggungguli kategori Miss Malaysia Face of Beauty 2018 Malaysia dan Miss Eyetalk Personality dimana kedua-dua anugerah ini membawa kepada hadiah bernilai RM8,000 dan secara keseluruhan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM25,800.

Sekalung perhargaan diberikan Kompleks Bukit Jambul (KBJ) di atas kejayaan penganjuran Ratu Kebaya 2018 buat tahun kesembilan pada tahun ini dan Berjaya menarik lebih 100 peserta hadir mendaftarkan diri dalam Miss & Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018.

“Saya akan menggunakan sebahagian wang kemenangan ini untuk beramal kepada mereka yang kurang berkemampuan selain kegunaan untuk pembelajaran di USM yang kini sudah memasuki tahun ketiga dan kejayaan yang dicapai ini sukar diramalkan.

“Saingan tetap ada dari peserta yang lain namun persediaan awal telahpun dilakukan termasuk melakukan ulangkaji mengenai KBJ Ratu Kebaya yang terdahulu selain melakukan latihan asas sebagai persiapan diri.

“Kemenangan ini juga amat manis dan kenangan terindah buat diri saya kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan selepas ini dan paling istimewa akan mewakili negara ke peringkat Miss Malaysia Face Of Beauty dan ,” katanya.

Hadiah disampaikan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan negeri, Yeoh Soon Hin, Pengerusi KBJ JMB, Datuk Jugal Kishor Shival sambil diperhatikan Pengerusi KBJ, KH Chan.

Keputusan Penuh :-
Miss KBJ Ratu Kebaya 2018 –
Juara – Phan Jing Mun
Kedua – Josephine Yeap Zi Qi
Ketiga – Noor Liyana Syazwani Mohamad Nur Hadi

Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018
Juara – Chris Cheong
Kedua – Gooi Swee Feng
Ketiga – Veleria Antonella

Hadiah kategori lain :-
Miss Face of Beauty 2018 – Phan Jing Mun
Miss Malaysia Super Globe 2018 – Tya Phang Kar Yi
Miss Best Talent – Fifi Filan Tisya Mohd Zain Othman
Miss Photogenic – Noor Liyana Syazwani Mohd Nur Hadi
Miss KBJ Popularity – Phan Jing Mun
Miss Velvet Popularity – Saitissyha Kunasekagan
Miss EyeTalk Personality – Phan Jing Mung
Miss Congeniality – Liau Hui Yin
Miss Greenxagon Crowning Glory – Alya Iman Abdul Manab
Miss Baptain Popularity – Doreen Tan Yin Shuang

Sekalung perhargaan kepada penaja:-

KBJ, Velvet Signature Sdn Bhd, Penang Tourism dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Event Partner – Kamdar, Mydin dan Eyetalk Eyewear
Final Official Venue : The Top, Komtar
Photo Shooting Venue : Pinang Peranakan Mansion
Official Hair Do – Baptain
Official Make-up – Style Flash Beauty & Image Centre
Official photography – Society of Photograper Penang
Official Video – Video Studio 123
Official Designer Wear, Rosemary Haute Couture
Official Hair Care Product – Greenxagon
Official kebaya wear – Ronna RNT
Official Sport Wear – Body Glove
Batik Pareos – Kamdar (Semi Final)
Return Tiket to India – PST Travel
Florist – Dream Florist
Hotel – G Hotel, Neo+ Penang dan The Gurney Resort Hotel & Residences, Hotel Penaga, Mei Hotel,
Spa / Slimming – Cres Wellness Sdn Bhd dan Danai Spa

Others Sponsor : Brillant Watch, Eugune Perma & Tower Spa at The Top

#kbjratukebaya2018 #ratukebaya #mskbjratukebaya #mrskbjratukebaya #kebaya #beauty#pageant #kbj #kompleksbukitjambul #mercikkk.com #sempoibaqhangbyabgrudy #officalportal #mercikkk.comofficial

Barisan tetamu VIP yang hadir pada malam final KBJ Ratu Kebaya 2018

Pengerusi KBJ JMB, Kh Chan
Pengerusi KBJ JMB, Kh Chan
Alya Iman Abdul Manab yakin penuh bergaya
Veleria Antonella mendapat pujian ramai

Gaya tersendiri peserta akhir KBJ Ratu Kebaya
Gaya tersendiri peserta akhir KBJ Ratu Kebaya
Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018, Elain Heng See Hwa
Noor Liyana Syazwani Mohamad Nur Hadi
Fifi Filan Tisya Mohd Zain Othman
Model turut tidak melepaskan peluang bergambar
Peserta mengayakan pakaian sukan dari Body Glove
Persembahan pakaian sukan dari Body Glove
cantik dan menawan
wow…anggun dan bergaya

Coklat Ball sedap giler 😉
Keenakkan sashimi membangkitkan pembuka selera anda
Oyster atau tiram yang segar dari Jepun

Ms KBJ Ratu Kebaya 2018, Phan Jin Mun,(tengah), diapit Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018, Chris Cheong (kanan) dan Miss Malaysia Globe 2018, Tya Phang Kar Yi
Juara Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018, Chris Cheong