Wed. Feb 20th, 2019

Slippers Charity Fun Walk KBJ meriah

INISIATIF membantu golongan yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian Kompleks Bukit Jambul (KBJ) dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Bersempena sambutan Hari Malaysia KBJ pada tahun ini mengadakan program amal “Charity Slipper Walk” sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

Pengurus Besar KBJ JMB, Crystal Wong berkata, program kebajikan ini bukannya kali pertama diadakan tetapi ia sentiasa diadakan dari masa ke semasa.

Beliau berkata, “Charity Slipper Walk” dicetuskan sebagai membuktikan tanda cintakan negara iaitu Malaysia yang meraikan sambutan hari kemerdekaan.

“Peserta Slipper Walk” berpeluang untuk menikmati dan luang masa bersama keluarga dan kawan-kawan selain mengamalkan amalan budaya sihat.

“Dengan sumbangan RM5 setiap seorang semasa pendaftaran, mereka juga berpeluang menukar selipar lama kepada selipar baru ketika menyertai program Slipper Walk.

“Kita juga mengadakan charity walk sejauh 3KM sekitar kawasan Kompleks Bukit Jambul selain berpeluang memenangi cabutan bertuah dan acara permainan yang telah disediakan.

“Segala kutipan amal yang berjaya dikutip akan disalurkan sepenuhnya kepada A Santana Dass.

“Santana akan melakukan kembara dan rekod Malaysia Book of Records “Longest Distance Ride Solo Single Handed” sejauh 5,000km bermula dari Kompleks Bukit Jambul melalui Thailand, Myanmar, Singapura selama 14 hari seorang diri dengan keadaan tangan kanan serta motosikal Yamaha R25 yang telah diubahsuai,” katanya.

#charity #slipperwalk #kbj #awesome #terbaik #sempoibaqhangbyabgrudy #mercikkk_official #mercikkk.com

Ends