Wed. Feb 20th, 2019

Tania Ng tampil lukisan hasil inspirasi bonda

Semangat Inspirasi bonda dan nenek menjadi tunjang utama pada diri atas segala kejayaan yang dicapai dari dulu hingga ke hari ini melalui sentuhan dan naluri dalam lukisan.

Itulah yang cuba disampaikan dan diluahkan artis, Tania Ng melalui pameran lukisan solo yang diadakan di The Galleria, BSG Property, Jalan Sultan Ahmad Shah bermula 23 September hingga 30 September depan.

Tania,28, anak kelahiran Pulau Pinang ketika ditemui memberi tahu pameran solo yang diadakan di sini memberi satu suntikan semangat buat dirinya kerana berjaya mengadakan pameran solo.

Menurutnya, pembabitan dirinya dalam bidang lukisan sejak berusia lima tahun lagi dan sejak dari itu pelbagai inspirasi digunakan untuk diceritakan dalam setiap karya lukisan yang dilakukan.

Katanya, minat dalam lukisan terus menebal dalam dirinya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Univerity of London dalam bidang Pengiklanan Kreatif.

“Kini selain menjadi guru lukisan yang mengajar kepada kanak-kanak dalam bidang seni, dia juga pengasas utama Split Splat dan apa yang dilakukan kini telah menampakkan kejayaan.

“Saya berterima kasih kepada semua terutama nenek dan ibu selain keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan dan hari ini sejarah telah tercipta buat diri apabila pameran ini diadakan.

“Terdapat lima lukisan istimewa dipamerkan yang memiliki perkisahan yang tersendiri namun paling utama ia memberi inspirasi kepada wanita muda pada masa kini,”katanya.

Tania berkata, setiap karya memiliki karisma dan maksud malah ia juga memiliki kekuatan yang mampu dikupaskan melalui inspirasi diri sebagai seorang wanita dalam pelbagai latar belakang.

Beliau berkata dia melahirkan rasa terharu apabila Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan dan Kesenian, Yeoh Soon Hin hadir merasmikan pameran solo ini.

Katanya, apa yang diharapkan ia mampu memberikan kesedaran dalam kehidupan setiap manusia.

Sementara itu, Yeoh melahirkan rasa bangga dan terharu apabila diberikan perhargaan untuk melancarkan pameran solo ini aahaasil sentuhan artis kelahiran Pulau Pinang yang cukup dibanggakan selain pameran ini mensasarkan inspirasi wanita dengan mesej yang tersendiri mengenai kebangkitan semangat wanita yang kuat.

#pameran solo #lukisan #taniang #sempoibaqhang #awesome