YOGANTHIRAN & MOHANA ABADIKAN MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI THE GRAVITZ, KOMTAR PENANG

YOGANTHIRAN & MOHANA ABADIKAN MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI THE GRAVITZ, KOMTAR PENANG

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin mengabdikan satu majlis pernikahan di satu lokasi indah sebagai memori kenangan yang cukup terindah dan tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Begitu juga buat pasangan Shri Yoganthiran Manikam, 33, dan isteri, Mohana Baskran, 32, apabila memilih The Gravityz, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Pulau Pinang sebagai saksi di majlis pernikahan kedua mempelai.

Uniknya, tanggal 11 November 2018 menjadi detik sejarah buat mereka berdua pada tepat jam 10.15 pagi apabila sah menjadi pasangan suami isteri selepas dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang, Nur Nadiah Muhassanah Nonyon dalam satu majlis pengupacaraan perkahwinan dari platform cabaran The Gravityz pada ketinggian 239 meter dari paras laut.

Indahnya majlis perkahwinan itu turut disaksikan kedua belah keluarga mempelai disamping pengunjung The Gravityz apabila bersama-sama menjadi saksi untuk detik manis perkahwinan yang diadakan di Tingkat 65, The Gravityz.

Bagi Shri Yoganthiran ketika ditemui berkata, idea untuk mengadakan majlis pernikahan ini terhasil kira-kira enam bulan lalu selepas merancang menjadikan satu memori indah yang cukup unik dan ianya lain dari yang lain buat pasangan yang berkahwin.

Menurutnya, segala perancangan telah diatur dengan rapi selain ingin mengabdikan kenangan terindah buat isteri yang amat takut pada ketinggian.

Katanya, dia yang juga Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Kedah sebenarnya amat gemar kelainan dan keunikkan dalam hidup dan mencabar diri untuk mengajak isteri bersama-sama mengabdikan kenangan yang cukup indah itu.

“Saya amat bersyukur apabila segala perancangan yang dilakukan kini telah berjaya diadakan dengan lancar dan teratur selain keadaan cuaca yang amat baik.

“Apa yang paling istimewa, ketakutan yang ada pada diri isteri telah berjaya diatasi dengan membuktikan ketinggian bukan lagi ketakutan buat Mohana apabila berjaya melalui enam halangan seperti A Great Bridge, X Point, Z-Wire, G.Rocky pada lalun sejauh 90 meter,” katanya.

Sementara itu, Mohana berkata, dia sendiri tidak menyangka akan berjaya melengkapi segala halangan di majlis pernikahan yang diatur suami dengan penuh keceriaan.

Menurutnya, sebelum ini apa yang dinyatakan atau dirancang suami adalah gurauan semata-mata dan hari ini menjadi kenyataan dan pengalaman dalam hidup.

Katanya, dia memang fobia pads ketinggian dan kata-kata peransang dan semangat yang diberikan suami akhirnya berjaya di atasi dan menjadi kenangan terindah buat selama-lamanya dalam diri yang tidak pernah dilakukan.

“Kejayaan ini adalah satu penawar buat diri saya yang amat takut pada ketinggian,” katanya yang sudah mengenali suami sejak lebih 10 bulan lalu oleh keluarga

“Pengenalan hujung Januari lalu akhirnya menjadi detik manis apabila bersepakat untuk menjadi pasangan suami isteri yang disayangi semua,” katanya.

Mohana berkata, dia berharap suami akan sentiasa berada di sisinya buat selama-lamanya seperti janji untuk hidup semati bersama.

“Saya cukup gembira dan bahagia apabila berjaya pada hari ini,” katanya.

Bagi Pengurus Besar The Gravityz, Caleb Kong berkata, The Gravityz menjanjikan satu pengalaman yang unik bagi seseorang yang ingin menguji diri atau mengatasi ketakutan pada ketinggian.

#weeding #thegravityz #thetop #komtar #tourismpenang #tourismmalaysia #travel #unique #awesome #JPNPenang #mercikkk.com #sempoibaqhang #married #sweetcouple #happy #husbandandwife #forever #love
Ends