Wed. Feb 20th, 2019

KEMERIAHAN FESTIVAL CAHAYA DI KOMPLEKS BUKIT JAMBUL

KEMERIAHAN FESTIVAL CAHAYA DI KOMPLEKS BUKIT JAMBUL

“Meriah dan mengasyikkan,” itulah kemeriahan yang dapat dilihat pada festival cahaya Diwali Night Kompleks Bukit Jambul (KBJ) yang diadakan malam tadi.

Lebih 150 tetamu dijemput termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan selaku tetamu kehormat disamping Ketua Polis Negeri, Datuk Seri A Thaiveegan

Hadir sama, Konsul Jeneral Jepun, Shinichiro Kanoya, Konsul Jeneral Indonesia, Iwanshah Wibisono, Konsul Jeneral Pakistan, Dato Abdul Rafique Abdul Karim, Konsul Jeneral Bangladesh, Dato Shaik Ismail Allaudin, Konsul Jeneral Perancis, Teoh Seng Aun dan Konsul Jeneral Poland, Dato Seri M Suppiah.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Operasi dan KBJ Joint Management, KH Chan dan Pengerusi KBJ JMB, Dato Jugal Kishor Shivlal.

Jugal berkata, kemeriahan sambutan Hari Deepavali tidak mampu disangkal kerana ia mewujudkan penyatuan pelbagai bangsa antara komuniti India dengan bangsa lain tanpa wujud sebarang sempadan.

“Setiap perayaan diraikan bersama-sama dalam suasana harmoni bersama keluarga, teman tersayang selain berkongsi kegembiraan dan hari ini KBJ meraikan Festival Cahaya dengan pelbagai kaum.

“Sebagai simbolik kemeriahan dan keceriaan serta simbolik perayaan kita bersama-sama menyalakan Kuthu Vilakku selain melahirksn rasa bangga apabila KBJ mencatatkan pertambahan pengunjung setiap tahun demi tahun,” katanya.

Kemeriahan festival cahaya ini juga turut membuka dan memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan potongan harga menarik melalui Northern Region KBJ Biggest Offer Bin Sales dimana pengunjung dapat membeli dan membuat persiapan sambutan Deepavali dengan mendapatkan fesyen terkini seperti sari, Punjabi, Lengha Suit dan Kurta termasuk makanan dan rempah ratus dibawqh satu bumbung.

Selain itu juga, Shopper Reward Program turut mendapat sambutan luar jangkaan apabila pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM388,888 termasuk kereta, motosikal, basikal, barangan elektrik dan bermacam lagi.

Sementara itu, kemeriahan Festival Cahaya KBJ 2018 turut diserikan dengan pertunjukkan fesyen oleh Ms & Mrs KBJ Ratu Kebaya 2018 dari koleksi terbaru Kamdar serta persembahan nyanyian dan tarian dari Temple of Art.

Selain itu turut diraikan 20 kanak-kanak dari Pusat Pelindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang dan menerima pelbagai kelengkapan persekolahan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KBJ.

Ends