Satay Ah Basri terus pikat pengunjung dengan citarasa baru

Satay Ah Basri terus pikat pengunjung dengan citarasa baru

Ingin menikmati pelbagai jenis satay yang melazatkan pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Restoran Satay Ah Basri yang cukup popular di Pulau Pinang.

Lokasi yang terletak di Jalan Tengah, Bayan Baru dan terbaru di Juru Central, Juru menampilkan pelbagai aneka perisa Satay.

Lebih menarik lagi, ada satay berperisa ayam, kambing, daging, ostrich, udang, sotong calamari, arnab, rusa dan sayur-sayuran yang mana setiap daging satay sepanjang empat inci seberat 32 gram.

Paling istimewa lagi pengunjung boleh menikmati atau merasai menu terbaru iaitu ‘Satay Itik’ yang cukup melazatkan sama ada pilihan rasa spicy atau black pepper.

Selain itu, terdapat 12 jenis pilihan minuman sejuk dan panas terutama jus timun yang popular di Satay Ah Basri.

Pilihan nasi juga tidak ketinggalan apabila anda boleh menikmati nasi sama ada nasi lemak, nasi planta dan nasi tomato serta otak-otak.

Sempoi bagai tidak terkata sambil relax dan menikmati juadah bersama keluarga dan teman tersayang.

Pengarah Urusan, Ahmad Basri Abdullah berkata, pihaknya melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT di atas pencapaian yang diperolehi sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, sejak Ah Basri beroperasi sambutan yang diterima setiap tahun menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Katanya, asas kejayaan itu Satay Ah Basri kini sudah mempunyai kilang sendiri di Batu Maung dan telah memperluaskan pasaran ke China.

“Saya cukup optimis untuk memastikan psaran Satay Ah Basri dapat diperluaskan lagi pasaran ke Dubai, Korea Selatan dan Jepun selepas menerima jemputan dan tawaran untuk memasarkan produk Satay Ah Basri.

“Satay Ah Basri juga mensasarkan untuk membuka lagi lima cawangan terbaru di seluruh negara secara francais selain terus giat mempromosikan syarikat,” katanya.


Bagi mereka yang ingin mengunjungi Satay Ah Basri, waktu operasi adalah 3 petang hingga 11 malam dan sedia untuk menerima tempahan apa juga acara, majlis, karnival dan sebagainya.

Sebagai terima kasih bagi setiap pengunjung yang datang ke Satay Ah Basri akan memperolehi satu kalendar khas secara percuma.

#satayahbasri #satay #foodtravel #foodphotography #mercikkk.com #travelspot