Anchor Food Professionals lancar Icy-Cool Beverage yang cukup superbbb!!!

Anchor Food Professionals lancar Icy-Cool Beverage yang cukup superbbb

Tiada yang mampu diperkatakan melainkan terbaik dan sempoiii apabila Anchor Food Professionals (AFP) melangkah setapak lagi melancarkan promosi terbaik dalam kempen terbaru ‘Icy Cool Beverage’.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai AFP sebelum ini melalui kempen ‘Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes amat begitu memberangsangkan sekali.

Jesteru itu, hari ini AFP memperkenalkan enam sajian minuman tenusu yang cukup melazatkan oleh chef AFP sempena ‘The Moodmojee Campaign’.

Mercikkk.com diberi peluang merasai tiga sajian minuman apabila menghadiri MoodMojee Campaign Trail di Cafe La Taste di Butterworth, Sungai Petani dan Gurun.

Apa yang menarik sekali, kesedapan Lemon Mint Merinque, Pom & Grey Twist dan Yuzu Chocolate sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila ketiga-tiga menu yang sempoi!!!! ini disajikan Chef Firuz, Chef Ken dan Chef Ichiro.

Ketiga-tiga menu ini memiliki citarasa yang tersendiri dan ia berjaya membangkit selera apabila produk keluaran AFP digunakan pada sajian minuman dan makanan dan kempen bermula sekarang hingga Januari 2019.

Sejumlah 15 outlets di seluruh negara terpilih untuk mempromosikan produk tenusu AFP dari New Zealand melalui kempen berkenaan.

Memperkenalkan Yuzu Chocolate Surprise yang diadun Yuzu puree bersama salt lemon serta produk anchor iaitu Anchor UHT Full Cream dan Whipping Cream dan ais.

Yuzu Chocolate Surprise

Begitu juga dengan Lemon Mint Merinque yang menggunakan daun pudina lemon bersama ais vanilla dan hirisan lemon dan oren serta whipping.

Lemon Mint Merinque

Paling istimewa Pom & Grey Twist yang menggunakan teh Earl Grey Tea yang dicampur bersama sirap pomegranate dan ditabur krim coklat dan serbuk koko selain anchor cream cheese, full cream milk dan whipping cream.

Pom & Grey Twist

Ketiga-tiga menu istimewa ini boleh dirasai di La Taste pada harga RM9.90 hingga RM10.90.


#anchorfoodprofessionalsmy
#moodmojee
#dessert
#beverage
#moodmojeecampaigntrail
#penangkedah
#latastepenang
#latastekedah
#mercikkk.com
#sempoibaqhangbyabgrudy

1 thought on “Anchor Food Professionals lancar Icy-Cool Beverage yang cukup superbbb!!!

Comments are closed.