Wed. Feb 20th, 2019

Eastin Hotel Penang tampil menu istimewa sempena Hari Krismas

Kelembutan Lamb Chop Provencal with Grill Vegetables antara tarikan istimewa sajian bersempena sambutan Hari Krismas di Hotel Eastin Pulau Pinang.

Bukan itu saja, sajian tradisi ayam belanda yang menjadi tumpuan utama Hari Natal turut diperkenalkan melalui Tradisional Roasted Turkey with Giblet Sauce yang cukup lembut dan melazatkan.

Malah sajian yang ditampilkan Hotel Eastin Pulau Pinang melalui sajian pembuka selera, sup, sajian utama dan pencuci mulut cukup mempersonakan melalui menu-menu yang cukup istimewa.

Untuk sajian pembuka selera ditampilkan pelbagai jenis salad dan aneka jenis sushi serta seafood on ice.

Lebih menarik lagi kepekatan Sup Seafood Bouillabaisse with Garlic Crouton bersama roti.

Paling sempoi dan melazatkan adalah Chesnut Stuffing Yorkshire Pudding and Cranberry Sauce, Roasted Striploin with Mushroom Sauce.

Bagi sajian utama, ditampilkan Wok Venison with Ginger and Spring Onion, Baked Salmon Fillet with Herbs Vinaigrette, Beef Steak with Tonkatsu Sauce, Grilled Chicken Yakitori, Assorted Vegetables With Salted Fish, Stuffed Squid with Otak-Otak and Spicy Peanut Sauce dan Potato and Cheese Timbale served with Spicy Tomato Sauce.

Untuk hidangan pencuci mulut pula menampilkan Christmas Yule Log Cake, Black Forest Cake, Christmas Stolen, Tiramisu in Glass, Christmas Pudding with Vanilla Sauce dan bermacam lagi.

Melalui Christmas Eve Dinner dan Christmas Buffet Dinner ditampilkan pada harga yang cukup istimewa iaitu RM128 nett (dewasa), RM89 nett (warga emas) dan potongan 50 peratus daripada harga biasa untuk kanak-kanak (6-11 tahun).

Promosi bermula pada 24 Disember dan 25 Disember dan untuk tempahan boleh menghubungi Swez Brasserie di talian 04-6121111

Bukan itu saja, sebagai hadiah istimewa sempena Hari Natal, potongan 15% diberikan kepada pengikut setia Mercikkk.Com dengan mengemukakan kod promo ‘Xmas Rudy’.

#promotions #food #foodtrip #foodpics #hotel #eastinhotelpenang #travel #travelspot #travelblogger #travel_captures #lamb #prawn#beef #chickenchop #delicious #awesome #awesomefood #awesome_shot #penanghotels #penangites #penangpromotions #fourstarshotel #businesshotel