Wed. Feb 20th, 2019

Hard Rock Hotel Penang tampil menu melazatkan sempena CNY

Hard Rock Hotel Penang tampil menu melazatkan sempena CNY

Kedatangan sambutan Tahun Baru Cina menampilkan menu istimewa yang cukup melazatkan di Hotel Hard Rock Pulau Pinang.

Paling istimewa terdapat dua menu bufet makan malam di Starz Diner dan satu menu Prosperity Rock Platter di Hard Rock Cafe Pulau Pinang yang disajikan sempena kedatangan tahun khinzir yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tahun ini, Rockin Reunion Buffet Dinner menampilkan Salmon Yee Sang, Double Boiled Black Chicken Soup With Dried Scallop, Fish Maw dan Sea Cucumber, Fried Glutinous Rice with Baby Abalone dan Waxed Meat in Lotus Leaf, Crispy Chicken Skin Roll with Prawn Paste dan Sesame Seed Marmite Chicken dan banyak lagi sajian yang melazatkan.

Setiap pengunjung yang datang juga berpeluang menikmati sajian pencuci mulut iaitu Cold Loh Han Koh with Red Dated dan Sea Coconut dan Longan dan Reunion Buffet Dinner disajikan pada harga RM138 nett untuk dewasa, RM69nett untuk kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Bagi Prosperity Seafood on The Rock Buffet Dinner disajikan kepada pengunjung yang menikmati sajian makanan laut dan harga promosi bagi bufet berkenaan adalah RM128nett untuk dewasa dan RM64nett untuk kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Bukan itu saja, turut disajikan prosperity toss yang menampilkan Salmon Yee Sang selain disajikan Crispy Whole Duck with Kerabu Mangga Plum Sauce, Wok Fried King Prawn with Salted Egg and Oat Powder, Nyonya Curry Fish With Lady Finger, Wok Fried Flower Crab with Chilli Egg Flower Sauce.

Pengunjung juga boleh menikmati sajian makanan laut yang segar termasuk Sashimi, Fresh Oyster, Prawn dan Handmade California Maki Rolls serta sajian tradisi Nyonya iaitu Bubur Cha Cha dan Glutinous Rice Cake.

Tidak lupa sajian percuma turut diberikan kepada kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah yang menikmati bersama keluarga atau golongan dewasa yang membayar untuk sajian kedua-dua bufet makan malam.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 604-8868054 atau email difb.penang@hardrockhotels.net atau http://penang.hardrockhotels.net/offer/cny-promotions/.

Untuk sajian Prosperity Rock Platter yang disajikan di Hard Rock Cafe Pulau Pinang juga lazat dimana sajian akan bermula pada 14 Januari hingga 28 Febuari 2019 dan setiap sajian dikenakan bayaran yang cukup murah dan berpatutan iaitu RM195nett (untuk dua orang) manakala RM287nett untuk sajian tiga orang.

Setiap sajian ditampilkan Caesar Salad sebagai pembuka selera diikuti tujuh sajian utama antaranya Chinese Fried Rice, Deep Fried Dragon Silk, Stir-Fried Ginger Chicken, Potato Skins with Cowboy Beans, Five Spices BBQ Beef Rib, Beef Burger with Sweet Sticky BBQ Sauce, Deep Fried Calamari with Sweet Chilli Sauce, Apple Cobbler bersama ais krim vanilla.

Untuk tempahan boleh menghubungi talian 604-8868050 atau email
hrc.admin@hardrockhotels.penang.

Ends.