Wed. Feb 20th, 2019

Hotel St Giles Wembley Penang wow!!!! menu CNY sempoi dan sedap

Hotel St Giles Wembley Pulau Pinang meraikan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina dengan menyediakan pelbagai juadah dan sajian istimewa serta melazatkan pada tahun ini dengan pelbagai tarikan masakan tradisional dan antarabangsa.

Dengan tawaran setiap meja disajikan Salmon Yee Sang secara percuma, The Chinese New Year Reunion Buffet Dinner di Wembley Cafe menampilkan sajian istimewa seperti Slipper Lobster Thermidor, Baked Mussel with Chili Mayo, Braised Lamb Leg with Gremolata Sauce, Braised Beef Ribs, Wok Fried Eel with Dried Chili, Crispy Fried Boneless Chicken with Lemon Butter Sauce, Braised Assorted Seafood, Fatt Choy Mushroom and Green, Wok Fried Mantis Prawn with Sweet & Sour Sauce dan Pasta Aglio Olio Chicken.

Lebih istimewa pastinya harganya yang cukup sempoi dan murah iaitu RM158nett untuk dewasa, RM79nett untuk kanak-kanak dan bufet makan malam akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.45 malam pada malam sambutan Tahun Baru Cina iaitu 4 Februari 2019

Bagi The Chinese New Year Buffet Lunch pula disajikan bermula selama seminggu dari sambutan Tahun Baru Cina yang menampilkan Rojak Penang, Assorted Sushi, Mock Shark’s Fin Soup with Crab Meat dan Cream of Asparagus Soup, Roasted Lamb Leg with Albergine dan Onions, Salmon with Crayfish Sauce, Wok Fried Prawn with Milan Sauce, Crispy Fried Marinated Chicken with Marmite dan bermacam-macam lagi.

Untuk sajian di Gerai Asian pula menampilkan Roasted Chicken, Roasted Duck, Roasted chicken Char Siew, Loh Mai Kai, Egg custard Pau dan Char Siew Pau, bitter Chocolate Pudding, Ginger Tea with Dumplin dan harga bagi setiap bufet hanyalah RM72nett (dewasa), RM36nett (kanak-kanak) dan RM51nett (warga emas) dan bufet bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang bermula dari 3 Febuari hingga 10 Februari 2019 di Wembley Cafe.

Chinese New Year Prosperity Dinner akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.45 malam dari 28 Januari hingga 3 Februari 2019 di Wembley Cafe pada harga RM122nett (dewasa), RM61nett (kanak-kanak) dan RM85nett (warga emas).

Apa yang menarik, setiap meja sajian akan diserta Salmon Yee Sang dan pastinya sajian utama adalah Seafood On Ice, Homemade Sushi dan Maki with Wasabi, Steamed Half Scallop, Braised Duck Leg, Crispy Fried Prawn, Grilled Fish with Red Pepper Dill Sauce, Chili Mussel.

Tidak ketinggalan Creme Brulee, Ginger Tea, Ice Cream dan lain-lain.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi talian 04-2598123 atau email : fb.swpg@stgiles-hotels.com

ends