Dragon Yee Sang 18 kaki tarikan Impiana Hotel Ipoh sempena Tahun Baru Cina

Dragon Yee Sang 18 kaki tarikan Impiana Hotel Ipoh sempena Tahun Baru Cina

Keunikkan dan kelainan setiap hotel dalam meraikan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina pastinya dinantikan ramai pengunjung untuk mengetahui apakah keistimewaan yang ditampilkan.

Berbeza pada tahun sebelumnya, Hotel Impiana Ipoh, Perak juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan bufet hidangan dan juga aktiviti menarik untuk tarikan pengunjung.

Mercikkk.Com juga turut diberikan kesempatan untuk hadir malam tadi untuk sama-sama memeriahkan promosi sambutan Tahun Baru Cina

Dragon Yee Sang sepanjang 18 meter menjadi tarikan pada hari pertama Lunar New Year dimana “Loh Hei” Yee Sang itu menjadi simbolik perasmian sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Disajikan dalam pinggang yang disusun seperti seekor naga cukup cantik kombinasi serta hiasan yang dibuat membuatkan tetamu yang hadir terpersona melihatnya.

Bukan itu sahaja Hotel Impiana Ipoh, Perak juga turut mempersembahkan tarian singa di lobi hotel dan kemunculan istimewa “God of Prosperity” dan Booth Calligraphy.

Turut diberikan hadiah berupa limau mandarin kepada pengunjung sebagai tanda tradisi setiap kali kedatangan Tahun Baru Cina serta kek oren.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kini telahpun bermula sekarang sehingga 18 Febuari depan bermula dengan pelbagai promosi menarik antaranya :-

8 Course Appreciation Set Menu dengan pelbagai menu pilihan pada harga RM588 nett dan RM788nett setiap meja dimana pengunjung boleh membuat tempahan meja dan disediakan satu bilik khas dengan (FREE CORKAGE) pada setiap minuman keras dengan kadar tempahan enam meja ke atas.

Turut ditampilkan “Good Fortune” Bufet Makan Malam dengan pelbagai sajian termasuk Lok Lok, Itik Peking, Kambing yang cukup melazatkan bermula dari 4,5 dan 6 Febuari depan dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Di Coffee House juga disajikan “Double Happiness” Hi-Tea Bufet pada 5 dan 6 Febuari dari jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah Ang Pow berupa “Baucer Makan Malam” bernilai RM100.

The Coffee House
GOOD FORTUNE BUFFET DINNER
Tarikh : 4,5 & 6 Febuari 2019
Masa : 6.30 petang hingga 10 malam
Harga : RM88 nett (dewasa)
RM58 nett (kanak-kanak & warga emas)

The Coffee House
DOUBLE HAPPINESS
Tarikh : 5 & 6 Febuari 2019
Masa : 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang
Harga : RM58 nett (dewasa)
RM38 nett (kanak-kanak & warga emas)

Untuk tempahan boleh hubungi 05-2555555 samb 8009.

GONG XI FA CAI!

#cnypromo #gongxifacai #konghifatchoi #tahunbarucina #IPOH #impianahotelipoh #mercikkk.com #buffetdinner #buffet #makanmakan #angpow #mandarincakes #limaumandarin #chinesenewyear #hotel #yeesang #lohhei #lousang