Wed. Feb 20th, 2019

Jazz Hotel Penang dibuka secara rasminya hari ini..

Jazz Hotel Penang dibuka secara rasminya hari ini..

Sejarah tercipta buat Vouk Hotel Management Group (VHM) apabila dengan rasminya melancarkan pembukaan Hotel Jazz Pulau Pinang hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Exco Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin.

Turut hadir Pengurus Besar Jazz Hotel Penang, Khoo Boo Lim, Pengarah Urusan VHM, Adrian Teow, Pengarah Operasi VHM, Dennis Cheng dan Pengarah Pembangunan Perniagaan VHM, Vincent Ng.

Hotel berkonsepkan “Business Travelers” ini memiliki ketinggian 30 tingkat dengan dilengkapi 255 bilik penginapan terletak di Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong dengan kadar dari RM388 semalaman.

Tarikan Hotel Jazz Penang yang diambil sempena nama dari Jazz Age sekitar tahun 1920 hingga 1930.

Dengan dilengkapi reka bentuk yang mampu membangkit jiwa pengunjung yang menginap di sini pasti akan berpuas hati.

Setiap bilik penginapan dilengkapi LED TV, toiletries, minuman panas secara percuma dan boleh berhibur di Jazz Bar di tingkat 29 dan Rooftop Pool dan Gymnasium yang terletak di tingkat 30.

Selain itu juga, Jazz Hotel Penang turut mempunyai tiga restoran iaitu Jazz Feast yang menyajikan sajian istimewa seperti Wagyu Beef Strip Loin, Oysters dan Udang Jumbo.

Bukan itu sahaja, Kitano @ Jazz, sebuah restoran makanan Jepun yang pastinya menampilkan sajian makanan laut yang segar dan melazatkan.

Bagi yang ingin berlibur sambil bersantai boleh mengunjungi Jazz Age di String & Sax, bar lounge yang mempersembahkan irama lagu Jazz selain menyediakan pelbagai sajian minuman, cocktail dan lain-lain.

Kemudahan lain turut disediakan Dewan Besar di Tingkat 8 dan 9 dan pastinya dimana ada Jazz, di situlah ia bernyawa dan “Jazz Is Life”.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh mengunjungi Jazz Hotel Penang di No.1, Jalan Seri Tanjung Pinang 1, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang atau hubungi talian 604-3753333 atau email di info@jazzhotelpg.com atau website www.jazzhotelpg.com

End