Terima Kasih semua!!!!

Terima Kasih semua!!!!

TERIMA KASIH SEMUA!!!, itulah yang mampu diucapkan Mohamed Adib Mohd Yusop apabila impian untuk menghulurkan sumbangan amal kepada St Nicholas Home melalui kembara Ride For Sight, Bikers Support The Blind akhirnya tercapai Sabtu lalu.

Bukan itu sahaja, keterujaan untuk mengajak rakan-rakan bikers untuk turut sama hadir berkumpul dalam menjayakan program amal Bikers @Open Day di St Nicholas Home yang merupakan tempat untuk insan kelainan upaya penglihatan menimba ilmu kemahiran dan sebagainya.

Berbekalkan inspirasi dan semangat anak muda, hasrat murni ini tercipta sewaktu ingin melaksanakan pengembaraan ke China pada 20 November 2018 hingga 15 Disember 2018.

Mohd Adib, 33, berkata, perasaan syukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala impiannya selama 26 hari dan memulakan pengembaraan secara solo dari Pulau Pinang hingga ke sempadan pintu masuk China.

“Kejayaan pengembaraan ini disamping membawa misi Ride For Sight, Bikers Support The Blind untuk mencari dana kewangan membantu St Nicholas Home hasil penjualan baju dan Bikers @ Open Day.

“Saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan, kelab, kumpulan komuniti bermotosikal di Pulau Pinang kerana sudi menghulurkan sumbangan dan kita berjaya mengumpul sejumlah RM4,000,” katanya.

Mohamed Adib berkata, perhargaan ini diberikan kepada pemilik A76 Lenggong kerana membuka dan memberi peluang kepadanya untuk mengembara sehingga ke China.

Menurutnya, terlalu ramai pihak dan individu yang banyak memberi sokongan dan nasihat termasuk Keith Scully, Mohd Shahrul serta Rudy Syareme Sheriffudin selaku pemilik Mercikkk.Com yang sudi menjadi media rasmi bersama Admin Kembara Jiwa.

Katanya, tidak lupa semua rakan-rakan dari pelbagai kelab termasuk Huli Superbikers Club, Northern Versys Owner Group (NVOG & Friends), Dirt State Singapore, Guan Cycle, Northern Pulsar Crew, Penang State Bikers Community, PGPUM – Persatuan Gabungan Permotoran Utara Malaysia, Gabungan Islam Bikers Malaysia (GBIM), Pearl Bikers, Triumph Malaysia, Satu Hati Bikers dan Multilevel Superbikes Owner Club (MSOC) kerana sudi menghulurkan sumbangan.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak majikan, Glory Florist kerana memberi sokongan serta Giga Artz Sdn Bhd dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Adib menambah, program Bikers @open day merupakan sebuah program kesedaran dan pendekatan berkaitan penglihatan di samping dapat bersama-sama dalam penyatuan antara teman2 bikers bersama adik-adik dan rakan2 yang kurang upaya penglihatan dari St Nicholas Home.
 
“Program Bikers @open Day merupakan program pertama yang dianjurkan kelab-kelab bikers bersama pihak St.Nicholas Home dalam satu tujuan dan impian untuk memupuk satu program kesedaran dan penyatuan antara golongan kelainan upaya dengan rakan-rakan Bikers.

“Saya amat berasa bangga kerana kita dapat melakukan sebuah program seperti ini yang boleh memberi kesedaran kepada diri kita sendiri dan masyarakat terutama bikers mengenai penglihatan.

“Bukan itu sahaja, selain sumbangan dana dikumpulkan, misi kembara ini juga turut mengajak rakan-rakan Bikers untuk memberi dan menyampaikan mesej mengenai nilai kesedaran dan pendidikan terhadap penglihatan di samping bermain dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik,” katanya.
 
Pada 20 November lalu, Mohamed Adib
melaksanakan misi pengembaraan menggunakan motosikal Yamaha FZ150 secara solo ke sempadan China sebelum menyertai kumpulan dengan melalui laluan darat ke Shangri-La, China iaitu sempadan Tibet yang merupakan salah sebuah kawasan tanah tinggi di utara daerah Yunnan, China.

Pengembaraan selama 26 hari itu membabitkan perjalanan sejauh 8000km melalui Thailand– Sempadan Myanmar – Laos – China – Sempadan Vietnam dan kembali semula ke Pulau Pinang pada 15 Disember 2018.
 
#bikersprihatin
#kitasupports
#brotherhood
#ridefirsight2018
#bikerssupporttheblinds
#wearehuman
#kembarajiwa
#rideforsight
#bikerssupporttheblind
#bikers
#charity
#andasemuaterbaik