14 Mac IKEA Pulau Pinang dibuka

Menghitung Detik Pembukaan IKEA

Hanya kurang lebih dua bulan, syarikat kelengkapan rumah terkemuka dari Sweden, IKEA kini sudah bersiap sedia menanti detik pembukaan rasmi di Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan (SPS) pada 14 Mac depan.

Sebagai sebuah gedung yang pertama dibuka di utara, difahamkan lebih 8,000 produk kelengkapan rumah serta pelbagai hidangan ala Sweden dan tempatan yang sangat digemari rakyat Malaysia ditawarkan kepada pengunjung.

Bukan itu sahaja, bagi memeriahkan lagi suasana perayaan sambutan Tahun Baru Cina, IKEA akan menyediakan gerai makanan di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang pada 5 & 6 Februari ini masing-masing dihoskan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia dan YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiap pengunjung yang hadir akhirnya dapat menikmati bebola daging dan ayam Sweden yang terkenal dan digemari ramai di Malaysia! selain trak makanan IKEA yang menarik juga akan singgah di sekitar bandar untuk menawarkan sampel makanan percuma kepada orang ramai.


 
Dalam pada itu bagi merealisasikan visinya untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai khususnya di utara tanah air, IKEA akan menganjurkan kempen keahlian bagi program kesetiaannya, IKEA FAMILY.

Sebagai ahli IKEA FAMILY, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai idea susun atur kelengkapan rumah yang terkini, diskaun, serta pelbagai manfaat lain yang eksklusif sepanjang tahun.

Sesi pendaftaran untuk IKEA FAMILY akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Tesco Ipoh, Perak (28 Januari – 3 Februari); Tesco Tanjung Pinang, Pulau Pinang (31 Januari – 3 Februari); Aman Central, Kedah (14 – 17 Februari); Central Square, Kedah (22 – 24 Februari); dan Tesco E-Gate, Pulau Pinang (28 Februari – 3 Mac).

Sementara itu, IKEA Batu Kawan, ahli IKEA FAMILY juga dapat menikmati harga ahli bulanan untuk barangan terpilih, teh atau kopi percuma bagi setiap kunjungan, diskaun makanan, ganjaran hari lahir, jemputan ke pelbagai acara dan previu jualan, serta pelbagai lagi manfaat lain yang istimewa.
 
“Setiap pengunjung akan dapat menikmati akses mudah kepada beribu-ribu produk kelengkapan rumah yang bereka bentuk menarik, berkualiti dan berfungsi, pada harga begitu rendah agar seramai mungkin mampu memilikinya.

“Ramai yang sudah tahu dan tidak sabar-sabar menunggu pembukaan gedung IKEA ini dan kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan,” kata Pathmalingam Arumugam, Pengurus Gedung IKEA Batu Kawan.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah IKEA FAMILY serta lokasi persinggahan trak makanan IKEA, sila layari IKEA.my/BatuKawan.