Tolong & Bantu Kami Beli Ambulan

“Tolong Kami”

“Tolong Kami”, itulah yang diharapkan Hotel Hard Rock Pulau Pinang (HRPP) apabila melancarkan Rock To Rock Run 2019 pagi tadi.

Rock To Rock Run 2019 akan diadakan pada 23 Jun 2019 dan paling istimewa larian amal yang diadakan buat edisi kali kelapan ini menyimpan satu hasrat dan impian mencari dana kewangan untuk disumbangkan kepada komuniti masyarakat.

Pengurus Besar HRPP, John Primmer berkata, pihaknya melahirkan rasa teruja dan bangga apabila Rock To Rock Run 2019 diadakan pada tahun ini dengan usaha mencari dana kewangan bernilai RM185,000 untuk membeli sebuah ambulan.

Beliau berkata, projek istimewa ini merupakan satu inisiatif terbaik selain Rock To Rock Run 2019 turut mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri , Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Atlit Amatur Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, pihaknya mensasarkan kutipan bernilai RM70,000 melalui Rock To Rock Run 2019 ini dan baki jumlah akan ditaja Malaysia Association of Hotel (MAH) Penang Chapter, Hotel Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Golden Sand Resort Penang, The Angsana Teluk Bahang, Bayview Beach Resort Penang dan Holiday Inn Resort Penang.

‚ÄúTurut menyumbang Howei (M) Sdn Bhd, Beyond Ultron Sdn Bhd, HYM Consulting & Solutions Sdn Bhd, Entopia by Butterfly Farm, FCS Computer System Sdn Bhd, Pentech Solution Sdn Bhd, Jesin Construction Sdn Bhd dan Sharp Electronic (M) Sdn Bhd, Tropical Spice Garden, Mykris Asia Sdn Bhd, Technovation Consulting Sdn Bhd dan Huacomm Telecommunication Engibeering (M) Sdn Bhd,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee.

John berkata, pihaknya berharap projek kebajikan ini akan mendapat sambutan terutama dalam usaha mendapat ambulan baru untilk kegunaan semua pihak terutama komuniti masyarakat sekitar kawasan Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

Sementara it, Soon menambah Rock To RockRun 2019 kini dibuka pendaftaran dan sasaran peserta Hanya dibuka untuk 2,000 peserta sahaja.

Beliau berkata, tiga kategori dipertandingkan termasuk Terbuka Lelaki dan Wanita, Veteran Lelaki dan Wanita dan Fun Run dan yuran pendaftaran adalah RM88 setiap seorang.

“Setiap pendaftaran akan memperolehi t-shirt, goodies bag, sijil, medal, cabutan bertuah dan makanan ringan,” katanya.

Untuk daftar http://event.howei.com/event/rock-rock-run-2019.

Ends