Lembaga Pelancongan Hong Kong Tingkat Inisiatif untuk tarik Pelancong Muslim

Lembaga Pelancongan Hong Kong Tingkat Inisiatif untuk tarik Pelancong Muslim

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) ingin mendidik industri pelancongan dan hospitaliti Hong Kong dalam pelancongan halal.

Sebagai tarikan HKTB telah memasarkan pelancongan Muslim dan memperkenalkan tawaran baru selain telah mengambil langkah bukan hanya kepada pasaran yang telah disasarkan kepada masyarakat Muslim tetapi juga untuk mendidik mereka yang berkepentingan mengenai ciri-ciri pelancong Muslim supaya semua pihak faham tentang cara yang lebih baik bagaimana untuk memenuhi keperluan orang Muslim.

Untuk memulakan inisiatif ini, HKTB baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pelancongan Muslim untuk perniagaan Hong Kong dan rakan perjalanan bagi memahami keperluan pengembara muslim yang tipikal.

Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pemegang berkepentingan Hong Kong dari pelbagai industri dan persatuan seperti peruncit, F & B, pusat membeli-belah dan tempat tarikan berkumpul bagi mengetahui lebih lanjut tentang industri Muslim dengan rancangan untuk meneroka pasaran ini.

Hadir sama, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Raymond Chan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan Halal Trip, Fazal Bahardeen dan Mufti Muhammad Arshad, Ketua Imam Hong Kong.

Dalam seminar itu turut membincangkan tema pensijilan halal, ciri-ciri pengembara Muslim dan potensi pasaran perlancongan halal di Hong Kong.

Menurut Raymond, pihaknya cukup teruja dapat berkongsi maklumat yang kami pelajari tentang masyarakat Muslim dengan rakan niaga dan pihak berkepentingan.

“Dengan pemahaman yang lebih baik terhadap keperluan Muslim akan membolehkan kita untuk mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan mereka.

“Hong Kong berharap dapat mewujudkan kesedaran mengenai ketersediaan makanan Halal, kemudahan solat dan kemudahan mesra-Muslim yang lain,”katanya.

Bagi Fazal berkata, pihaknya melahirkan rasa gembira apabila melihat HKTB mengambil inisiatif bagi mendidik
semua pihak berkepentingan mengenai peluang yang ditawarkan oleh pasaran pelancongan Muslim.

“Ia merupakan satu tindakan yang betul untuk menjadikan destinasi Hong Kong yang lebih mesra Muslim,”katanya.

Melihat kepada inisiatif itu, HKTB telah bekerjasama dengan platform perjalanan Muslim dalam talian untuk menghasilkan kandungan yang menonjolkan Hong Kong sebagai destinasi pilihan untuk pelancong Muslim.

HKTB baru sahaja melancarkan senarai mesra Muslim yang mempunyai daya tarikan pelancongan, tempat makan halal dan kemudahan mesra Muslim di Hong Kong, supaya pelancong Muslim boleh menjadikan Hong Kong destinasi percutian kegemaran mereka tahun ini.

“Dengan pilihan makanan halal di Hong Kong, pengunjung boleh menikmati budaya masakan Hong Kong yang unik di mana-mana pilihan halal yang menyajikan hidangan tempatan halal seperti pastri di Chirsly Cafe yang terkenal dengan bun nanas (bo lo bao) dan tart telur.

“Sekiranya ingin mendapatkan halal dim sum, pengunjung cuma perlu pergi ke Kantin Pusat Islam yang mempunyai pelbagai hidangan dim sum seperti Siu Mai, Har Gow, Xiao Long Pao, pulut kukus dengan ayam dalam daun teratai dan banyak lagi.

“Tarikan utama yang lain telah ditambah baik bagi menarik pelancong Muslim termasuk tempat-tempat menarik utama di Hong Kong.

“Ocean Park, Hong Kong baru-baru ini juga telah memperolehi pensijilan halal untuk salah satu restorannya, Café Ocean yang menawarkan pelbagai hidangan Asia Tenggara.

“Tidak ketinggalan Hong Kong Disneyland turut menawarkan pelbagai pilihan makanan halal seperti Main Street Market, Mystic Point’s Explorer’s Club Restaurant, dan Tahitian Terrace di mana anda boleh menemui pelbagai masakan dari Korea, Jepun dan juga Indonesia.

“Malah sesetengah hotel di Hong Kong Disneyland menyediakan makanan halal atas permintaan pelanggan dan sebaik sahaja telah menikmati makanan halal, pelancong Muslim boleh melaksanakan solat di bilik sembahyang bersebelahan Explorer’s Club.

“Satu lagi daya tarikan tempatan yang patut diambil perhatian adalah Ngong Ping, yang terkenal dengan kereta kabel Crystal Cabin serta ikonik Big Buddha yang merupakan tempat kegemaran untuk latar belakang foto Instagram anda.

“Ngong Ping juga mempunyai restoran dengan pensijilan halal sendiri di Ebeneezer’s Kebab dan Pizzeria yang menawarkan pelbagai hidangan India dan Timur Tengah.

“Di samping itu, Hong Kong terus meningkatkan tawaran untuk Muslim bagi memastikan pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran halal dan mesra Muslim sila lawati
http://bit.ly/HKMuslimTravellers

Credit photo :‘Have Halal Will Travel’

Ends