Percikan bunga api meriahkan sambutan Tahun Baru Cina The Top, Komtar

Percikan bunga api meriahkan sambutan Tahun Baru Cina The Top, Komtar

Menakjubkan dan mempersonakan,”itulah kemeriahan yang dapat dilihat ketika sambutan Tahun Baru Cina di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Pulau Pinang malam tadi.

Percikan bunga api selama hampir 10 minit mewarnai suasana bangunan The Top, Komtar sambil disaksikan lebih 500 tetamu yang hadir sambil bertepuk tangan dan bersorak riang.

Bukan itu sahaja, limpahan salji turut menyerikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan buat julung kalinya dianjurkan The Top, Komtar.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Only World Holdings Berhad, Tan Sri Richard Koh berkata, penganjuran yang cukup istimewa ini membuktikan komitmen pihaknya untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi The Top, Komtar sebagai destinasi tarikan pelancong ke Pulau Pinang.

“Dengan adanya acara yang penuh gemilang ini dapat menarik dan menambah bilangan pelancong dari satu fasa terbaik setiap bulan dan tahun.

“Itulah kemeriahan yang ingin digapai dan dirasai pengunjung ketika berada pada ketinggian 816 kaki dari paras laut sambil menyaksikan percikan bunga api dalam skala 360’ serta pelbagai acara menarik yang disediakan,” katanya.

Selain percikan bunga api dan limpahan salji tiruan turut diserikan pertunjukkan silap mata, tarian singa, persembahan dram air dan persembahan hiburan sebagai tarikan istimewa pengunjung pada tahun ini.

Tidak ketinggalan kemunculan khas God of Prosperity, God of Longevity, Happiness dan Fortune sambil menghulurkan buah limau sebagai hadiah sebelum limpahan sajli ditampilkan kepada pengunjung.

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, The Top, Komtar terdapat pelbagai promosi yang sedang giat dijalankan bermula dari 5 Febuari hingga 19 Febuari 2019.

Antaranya, Chinese New Year (CNY) Rainbow Skywalk Dinner di Coco Cabana di aras 68 bermula dari harga pakej RM98++ dan Prosperity Buffet Dinner dengan Penang Skyline View ditawarkan pada harga RM98++ setiap seorang bermula dari 5 & 6 Febuari 2019.

Sementara itu, pada 14 Febuari depan turut diraikan Romantic Valentine Dinner di Top View Restaurant pada harga RM338++ setiap pasangan. Pakej istimewa ini disertakan kuntuman bunga ros, kad jemputan Tower Club bernilai RM234 termasuk tiket masuk ke Rainbow Skywalk.

Di Restaurant Coco Cabana di Tingkat 68 turut mempromosikan Valentine Dinner pada harga RM398++ setiap pasangan dan ianya termasuk segelas Wain , kuntuman bunga Ros, urutan tower spa bernilai RM136 dan Jemputan khas secara eksklusif di Tower Club bernilai RM234 termasuk Rainbow Skywalk.

Pakej lain

Family & Friends Reunion : RM688 ++ per table (6 orang)
Happiness Package : RM888++ per table (6orang)
Imperial Fortune Package : RM988++ per table (10 orang)
Blissful Aupicious Package : RM1499++ per table (10 orang) – with bottle of wine
Flourish Wealthy Package : RM1988++ per table (10 orang) with bottle of wine
Imperial Prosperity Package : RM2388++ per table (10 orang) with bottle of wine

Untuk maklumat lanjut boleh layari thetop.com.my/promotion or Facebook.com/thetopofpenang atau hubungi 604-2633800.

Ends