Wed. Feb 20th, 2019

Mercure Hotel Penang rai pengunjung sempena Tahun Baru Cina

Hotel Mercure Pulau Pinang (MHP) terus optimis dan yakin untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara datang mengunjungi Pulau Pinang.

Selain promosi menarik yang disediakan MHP tidak ketinggalan meraikan pengunjung bersempena sambutan Tahun Baru Cina bersama seluruh kakitangan MHP.

Paling istimewa selain tarian singa, turut diadakan acara tradisi Yee Sang beramai-ramai serta kehadiran God of Prosperity untuk memberi tuah yang lebih baik sempena tahun Babi pada tahun ini.

Pengurus Besar MHP, Norizan Yaacob berkata, pihaknya melahirkan rasa teruja dan bertuah apabila dapat bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina pengunjung pada tahun ini dengan penuh meriah sekali.

Beliau berkata, keterujaan ini juga membuktikan MHP menjadi pilihan pengunjung untuk datang bercuti ataupun beriadah bersama-sama keluarga dan insan tersayang.

Katanya, MHP juga memiliki kawasan pantai yang tersendiri selain memudahkan pengunjung untuk datang dengan hanya mengambil masa 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Bukan itu sahaja setiap pengunjung yang menginap di MHP hanya perlu mengambil masa hanya 10 minit untuk ke lokasi tarikan pelancongan di sekitar pusat bandar Georgetown dan Batu Ferringhi.

“Dengan adanya 220 bilik penginapan setiap pengunjung tidak perlu risau untuk membuat tempahan selain MHP turut menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, (4) bilik mesyuarat, restoran, bar, gymnasium dan kemudahan wifi percuma.

“Tidak terkecuali untuk tempahan acara, majlis perkahwinan boleh disediakan dengan kapasiti antara 20 hingga 520 orang tetamu diruang BallRoom, Foyer, Lobby Patio,” katanya.

Untuk sebarang tempahan boleh mengunjungi Mercure Hotel Penang di 505, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung, 11200 Georgetown Pulau Pinang atau menghubungi talian 04-3718888 atau email info@mercure-penang.com

#mercurepenangbeach #chinesenewyear#hotel #4starshotel #tanjungbungah #penang #tourist #hotel #awesome #sempoibaqhangbyabgrudy #mercikkk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *