Wed. Feb 20th, 2019

15 belon udara pelbagai negara mewarnai Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019.

15 belon udara pelbagai negara mewarnai Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019.

15 belon udara dari pelbagai negara menjadi tarikan utama Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019.

Pesta yang diadakan selama dua hari di Padang Polo bermula hari ini diadakan bersempena sambutan Tahun Baru Cina kembali buat tahun ke-5 menyediakan pelbagai aktiviti yang cukup menarik bermula dari jam 7 pagi hingga 9 malam.

Uniknya, Pesta Udara Panas Pulau Pinang 2019 pada tahun ini menampilkan 11 rekabentuk istimewa antaranya Tako (Jepun), Pink Gnome (Sepanyol), Bradley (Brazil), Wanderer (USA), Crione (Korea), Clown Bruno (Slovakia), House Ballon (Jepun), Rising Star (Vietnam), SkyRainbow Blue (Taiwan), Princess Nelly (Belgium) dan Kedah (Malaysia)

Kesempatan dua hari ini digunakan sepenuhnya untuk beriadah bersama-sama keluarga dan sahabat handai serta paling menyeronokkan ia sesuai untuk semua lapisan umur dan paling penting masuk adalah PERCUMA.

Acara kemuncak adalah pameran 15 buah belon udara panas yang berwarna-warni pada sesi pagi dan sesi petang termasuk acara penuh gilang gemilang iaitu pertunjukan ‘Night Glow’ yang mengetengahkan 10 buah belon yang dinyalakan dengan kombinasi lampu dan muzik.

Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki belon setinggi 60 kaki boleh mendapatkan tiket atau berjalan masuk melalui belon‘cold inflation’ juga disediakan.

Tidak ketinggalan aktiviti-aktiviti keluarga dan gerai-gerai makanan juga ada termasuk bengkel-bengkel kreatif, menaiki bot kayuh dalam kolam yang besar, terjunan lelabah songsang, trampolin gergasi dan banyak lagi!
 
Upacara Pembukaan
Upacara Pembukaan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diadakan pada 9 Februari 2019 pada jam 8.15 malam. Persembahan-persembahan menarik akan diadakan berserta pertunjukan Night Glow diikuti pertunjukan bunga api.
 
Tiket
Terdapat tiga (3) buah belon ditambat yang akan dibuka untuk dinaiki oleh pihak awam pada kedua-dua hari dan kadar harga ialah RM50 seorang. Manakala kadar cold inflation (bila mana anda boleh berjalan masuk belon yang dipenuhi udara sejuk yang berada di atas tanah) adalah RM5 seorang.
 
Terdapat sebanyak dua sesi menaiki belon ditambat setiap hari. Harga untuk ini adalah RM50 seorang dan adalah secara ‘siapa dahulu dia dapat’.

Tiket adalah terhad kepada 150 orang pertama dalam barisan (yang mempunyai tag bernombor) dan hanya satu tiket akan dijual kepada setiap seorang.

Tag-tag bernombor akan diedarkan 30 minit sebelum kaunter tiket dibuka.

Penutupan Jalan
Jalan Sepoy Lines akan ditutup untuk laluan awam dari pukul 10 malam pada 8 Februari 2019 sehingga 11 pagi pada 10 Februari 2019.
 
Penyokong Acara
Penganjur : AKA Balloon Sdn Bhd
Disokong oleh : Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dibantu oleh : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberai Perai    
                                         (MPSP) & Penang Global Tourism
Penganjur bersama : TLM Event
Penaja : IJM Land Bhd
Dengan kerjasama : Tourism Malaysia

Untuk maklumat terkini, sila layari www.penanghotairballoonfiesta.com
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *