20 usahawanita selami kejayaan Aku Boleh Aku Hero bersama Rara Zain

20 usahawanita selami kejayaan Aku Boleh Aku Hero bersama Rara Zain

Tiada yang mustahil untuk capai kejayaan melainkan usaha gigih dan berfikiran positif untuk terus paju ke hadapan tanpa perlu toleh belakang lagi.

Itulah yang cuba diterapkan Ai Charisma Consultancy di Spice Convention Centre, Pulau Pinang apabila mengadakan satu program istimewa “Aku Boleh Aku Hero” bersama 20 usahawanita hari ini.

Pengasasnya, Farah Ziana Mohd Zain berkata, melalui program istimewa ini secara tidak langsung dapat membuat persiapan awal untuk menjadi usahawan yang berkerjaya, bergaya dan berjaya di Pulau Pinang.

“Kita terapkan startegi permasaran yang betul serta membersihkan kesekatan fikiran yang sering menganggu setiap individu agar menjadi lebih positif dan mampu berdaya saing.

“Fokus untuk mencari usahawanita yang berjaya telahpun bermula sekarang ini dan syukur Alhamdulillah semua peserta yang hadir hari ini makin bersemangat dan berkeyakinan tinggi berbanding sebelumnya.

“Kita perlu tahu dalam perniagaan perlu memiliki jiwa yang kental serta tenaga yang kuat dan 20 usahawanita ini mampu berjaya dan sebab itulah kita hanya fokus pada kualiti bukannya kuantiti yang ramai.

“Insyallah semua yang hadir mampu memiliki satu keputusan atau result yang cemerlang dan berjaya dalam bidang perniagaan.

“Pengalaman jatuh bangun dalam bidang perniagaan itu mematangkan lagi untuk terus bangkit capai kejayaan dan berkongsi ilmu dengan usahawanita selepas mula berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Shaharima Shah Abu Bakar menambah pihaknya begitu teruja apabila program yang julung kalinya diadakan mendapat reaksi yang positif dari semua peserta.

Baginya segala idea serta curahan ilmu yang ada melalui pengalaman yang dimiliki Rara Zain dikongsikan bersama kerana ingin melihat wanita terus berjaya dalam bidang perniagaan.

“Setiap kejayaan perlu ada usaha dan tidak perlu bergerak seorang diri kerana perlu panduan, tunjuk ajar, mentor dan paling utama pengkongsian ilmu.

“Fikiran yang positif mampu gerakkan satu ilmu kejayaan dan inilah matlamat utama untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita bersama,” katanya.

#akubolehakuhero
#aicharismaconsultancy
#spiceconventioncentre
#awesome
#terbaik
#positifvibes
#majujaya
#mercikkk.com