Diana Dianelle harap ‘Veronica’ beri tuah di Pulau Pinang

Diana Dianelle harap ‘Veronica’ bawa tuah

Kejayaan yang dijulang tak akan tercapai tanpa usaha gigih selain mengharapkan tuah “Veronica” akan memihak kepadanya dalam saingan perlumbaan Toyota Gazoo Racing 2019 musim kedua di pusingan ketiga di perkarangan Stadium Batu Kawan, esok.

Itulah impian dan harapan pelakon Diana Danielle dalam mengharungi saringan perlumbaan kelas promotional yang kini sudah memasuki musim kedua dan berdepan dengan beberapa pesaing baru.

Bagi Diana sendiri, untuk saingan musim ini dia menitik beratkan soal kesihatan termasuk kecergasan stamina dan mental kerana musim lalu berdepan masalah kesihatan yang agak serius.

Katanya, kejadian itu tidak seharusnya berulang lagi malah jika tidak dibendung lebih awal mungkin masalah akan menjadi lebih teruk lagi.

“Sebagai persediaan rapi, saya menitik beratkan soal rehat yang cukup dan minum air yang banyak berikutan keadaan cuaca yang panas ketika ini.

“Saya tidak mahu terlalu yakin dalam perlumbaan ini selain menitik beratkan soal kesihatan dan keselamatan kerana jika sedikit kelalaian macam-macam boleh jadi.

“Saya perlu konsisten dan apa yang pasti keadaan fizikal jauh lebih baik sekarang ini,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Diana berkata, peluang tetap ada untuk dirinya mengulang kejayaan seperti mana dicapai di Terengganu (No.1 dan No.8) dan Maeps (No.2 dan No.3) namun penyertaan Nabil Ahmad dan Aiman Tino sebagai peserta baru perlu diberikan perhatian.

“Nabil memiliki pengalaman dalam perlumbaan motosikal manakala Aiman selaku peserta underdog memiliki kelebihan tersendiri kerana cara pemanduannya Wow!!! seperti lipas kudung.

“Realitinya, saya harap Veronica (nama kereta) akan memberi persembahan yang terbaik kerana berlakunya sebarang kesilapan adalah berpunca dari salah saya sendiri.

“Hanya berkat doa selain membaca surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi dibaca setiap kali memulakan pemanduan dan ingat Allah SWT mempermudahkan segala urusan,” pintanya.

Diana berseloroh sebelum memandu dia akan cium kereta dan akan mula bercakap sambil membina semangat dan tahap keyakinan yang positif

#ToyotaGazooRacingMalaysia
#allaboutthedrive
#pushingthelimits
#unleashthedrive
#ToyotaMalaysia
#toyotires
#drivem7
#Toyota
#moty’s
#drive❗
#denso
#enkei
#nikon
#trd

Ends