Demam tidak jejas persiapan Nabila Razali

Demam tidak jejas persiapan Nabila Razali

Semangat berkobar-kobar penyanyi dan pelakon, Nabila Razali untuk berdepan saingan akhir Toyota Gazoo Racing Festival Season 2 dalam Pusingan Ketiga di Stadium Batu Kawan tidak terjejas walaupun demam.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 26, berkata sejak pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan sehingga demam.

Beliau berkata, akibat cuaca panas juga memaksa dia minum air masak dengan banyak selain rehat yang mencukupi dan Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

“Untuk race ini, saya tidak fikir sangat melainkan melakukan dengan terbaik dan termampu dan Insyallah podium tetap menjadi pilihan.

“Insyallah tahta podium tetap menjadi pilihan biarpun tercabar sebenarnya dengan keadaan trek yang kecil beberapa lokasi tajam.

“Jangan ambil mudah setiap saringan kerana kita mempunyai persaing dan harus belajar membaiki kesilapan yang dibuat.

“Saya sedar saya bukanlah seorang pemandu profesional dan seorang pelumba malah tidak perlu mengikut jejak orang lain dan percaya pada diri sendiri itu lebih penting,” katanya.

Nabila berkata, dia rasa lebih selesa dengan kedudukan semasa pusingan kelayakan dan berada di tempat keenam sudah cukup baik.

“Petang nanti akan menjadi penentu dalam Race 1 dan Insyallah akan mendapat kedudukan terbaik,” katanya.

Ends