Diana Danielle Buktikan Wanita Mampu Ungguli Lumba Kereta

Diana Danielle Buktikan Wanita Mampu Ungguli Lumba Kereta.

Tiada yang mustahil melainkan membuktikan wanita mampu capai kejuaraan sekaligus mencatat mata demi mata dalam saingan Toyota Gazoo Racing Festival 2019 Musim Kedua Pusingan Ketiga di Stadium Batu Kawan petang tadi.

Pelakon Diana Dianelle berjaya membuktikan kejayaan apabila terus menambah mata apabila muncul juara Race 1 dan mengalahkan sembilan selebriti yang lain dalam kategori Kelas Promotional.

Tempat kedua dimenangi Nabil Ahmad manakala ketiga, Akim Ahmad diikuti Khai Bahar, Janna Nick dan Wany Hasrita ditempat keempat, kelima dan keenam.

Bagaimanapun, Aiman Tibo dan Nabila Razali gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan.

Bagi Diana sendiri, ia merupakan perlumbaan paling menarik dan mencabar baginya kerana diberikan tentangan hebat dari Nabil, Aiman dan Akim seawal pusingan.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana berjaya dalam perlumbaan ini biarpun terbabit dalam kemalangan namun “Veronica’ terus meluncur laju hingga ke garisan penamat.

“Veronica memberi tuah kepada saya pada hari ini dan terima kasih semua yang mendoakan kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Nabil memberitahu dia amat berpuas hati ditempat kedua biarpun terdapat peluang untuk memotong Diana namun enggan cuba mengambil risiko mudah.

Katanya, kesilapan teknikal mampu ubah dalam sekelip mata dan apa yang cuba dilakukan adalah kekal momentom awal hingga akhir perlumbaan.

“Saya berterima kasih kepada Aiman kerana beri peluang kepada saya kerana pada awalnya dia berada kedudukan ketiga selepas catat masa terbaik di pusingan kelayakkan.

“Walaupun diancam oleh Aiman namun nasib malang yang menimpanya membawa tuah untuk terus pacu ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Bagi Akim pula, mendapat tempat ketiga sudah memadai baginya kerana berjaya pintas Khai yang sering mengancam usaha mendapatkan kedudukan terbaik.

“Selagi mampu dan ada peluang akan digunakan sebaik mungkin menutup ruang memotong,” katanya.

Keputusan penuh

Toyota Gazoo Racing Festival 2019
Season 2 , Round 3
Stadium Batu Kawan, Penang

Race 1
———-
Kelas Sporting

1. Clement Yeo
2. Patrick Tam
3. Eric Yong Boon Pin

Kelas Super Sporting

1. Boy Wong
2. Brendan Paul Anthony
3. Kefli Othman

Kelas Promotional

1. Diana Danielle
2. Nabil Ahmad
3. Akim Ahmad

#ToyotaGazooRacingMalaysia
#allaboutthedrive
#pushingthelimits
#unleashthedrive
#ToyotaMalaysia
#toyotires
#drivem7
#Toyota
#moty’s
#drive❗
#denso
#enkei
#nikon
#trd