Pecutan Janna Nick No.!

Pelakon Janna Nick tampak garang apabila mengekalkan momentum dari awal hingga akhir sekaligus mengesahkan kemenangan apabila muncul juara Race 2, Toyota Gazoo Racing Festival Season Kelas Promotion di Stadium Batu Kawan petang tadi.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 23, melahirkan rasa teruja apabila pertama kali menaiki podium selepas 14 kali berlumba dalam dua musim Toyota Gazoo Racing Festival dan kini berjaya mencapai kejuaraan bagi perlumbaan Race 2.

“Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menggungguli kedudukan pertama biarpun diberikan saingan sengit oleh Nabil Ahmad yang sentiasa mengekori rapat dari awal perlumbaan dan berjaya memintas kereta di pusingan 20.

“Namun akibat terlalu alpa dan seronok berada di depan, Nabil terbabas lalu peluang keemasan yang ada di depan mata terus diambil dan seterusnya menunggu ke garisan penamat dengan jayanya dan ia sudah cukup mengembirakan.

“Nabil seorang pelumba yang berpengalaman dan sedaya upaya mencari ruang dan peluang untuk memotong tetapi saya berjaya membaca fikirannya dan menutup segala ruang yang ada dari awal perlumbaan hinggakan dia hilang tumpuan dan kesabaran.

“Walaubagaimanapun saya tidak mahu mendabik dada sebaliknya akan berusaha lagi dan lagi untuk terus berjaya menaiki podium di Litar Sepang April depan dan paling istimewa wanita telah membuktikan kejayaan sebenar dari lelaki,” katanya dengan nada gembira.

Bagi Nabil sendiri walaupun berjaya mendapat tempat kedua sebenarnya mengakui ia bukan satu perlumbaan yang mudah selepas dikejutkan dengan kesilapan Khai Bahar pada awal perlumbaan menyebabkan hampir tersekat di kelompok awal.

“Teknik pantas yang diambil dengan memotong sebelah kanan akhirnya berjaya memintas Khai Bahar dan terus mengejar Janna walaupun sedar beberapa pelumba lain seperti Aiman Tino, Akim Ahmad dan Khai Bahar berada hampir dekat dengan kereta.

“Saya tidak mahu buang masa dan terus kejar dan beri saingan dan tekanan pada Janna sehingga berjaya memintas pada pusingan 20 namun kesilapan dan terlalu yakin akhirnya berjaya dipintas Janna di selekoh terakhir dan memenangi perlumbaan.

“Janna telah memberikan satu pelumbaan yang sempoi dan jika dinamakan rezeki tidak pernah salah alamat dan biarpun masing-masing berlumba namun ikatan persahabatan terus utuh hingga ke hari ini,” katanya.

Tempat ketiga dimenangi Aiman Tino dan turut berterima kasih kepada Akim Ahmad kerana memberi peluang kepadanya melonjak kedudukan ketiga biarpun bermula di petak ke sembilan dan mendorong diri untuk menghabiskan perlumbaan dengan apa juga cara.

Katanya, akibat terlalu banyak kemalangan ditrek dan dirinya juga terbabit dalam kemalangan pada Race 1 dan sentiasa berhati-hati agar kejadian yang sama tidak berulang lagi pada Race 2 dan akhirnya memperolehi peluang untuk memintas Akim.

“Apa yang mengembirakan lagi, kejayaan mendapat tempat ketiga ini adalah satu hadiah yang cukup istimewa bagi saya dan terima kasih Toyota di atas jentera yang cukup menakjubkan ini,” katanya.

#ToyotaGazooRacingMalaysia
#allaboutthedrive
#pushingthelimits
#unleashthedrive
#ToyotaMalaysia
#toyotires
#drivem7
#Toyota
#moty’s
#drive❗
#denso
#enkei
#nikon
#trd