Charcoal Bangkit Selera Sarapan Pagi

Charcoal Bangkit Selera

Melangkah masuk ke dalam Restoran Charcoal di Hotel Saujana Kuala Lumpur pastinya merasakan seperti berada di sebuah restoran mewah di Eropah.

Apa tidaknya, konsep dan persekitaran yang cukup mempersonakan pastinya akan membangkitkan selera mana-mana pengunjung yang datang sama ada menginap atau menghadiri mesyuarat akan merasainya.

Mercikkk.Com juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat review dan preview mengenai pengalaman menikmati juadah sarapan pagi di Restoran Charcoal.

Sebelum itu, jutaan terima kasih kerana menjemput Mercikkk.Com untuk menyertai Program Come & Discover Selangor With Us selama 3 hari 2 malam bermula dari 18 Febuari hingga 20 Febuari yang lalu anjuran Firefly Airlines bersama Tourism Selangor dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur.

Melangkah masuk ke dalam Restoran Charcoal Wow!!! sungguh menakjubkan dengan pintu masuk berautomatik sebelum disapa penuh senyuman oleh kakitangan Food & Beverage (F&B) yang bertugas sebelum diberikan tempat duduk.

Tatkala duduk mata tiba-tiba tertumpu di ruang dapur terbuka di dalam restoran itu kerana jarang terdapat konsep hiasan secara terbuka dengan dapur dan ruang hidang.

Menarik bukan, selain suasana tenang dan kepelbagaian menu sajian juga sempoi yang berkonsepkan ala American Breakfast.

Bermula di kaunter bijirin dengan pilihan susu sejuk sama ada rendah lemak atau biasa diikuti pelbagai pilihan roti dengan mentega dan aneka jem.

Sarapan pagi pastinya tidak akan lengkap tanpa jus buah dan hari ini dua pilihan jus disajikan iaitu jus jambu dan oren dengan ais diikuti dengan “scramble egg”, sausage dan kentang.

Tanpa bubur kosong dan ayam serta adunan bersama ikan bilis, telur asin dan lain-lain sarapan pagi tidak akan lengkap apabila turut mengabungkan dua konsep iaitu inggeris dan tempatan dalam satu hidangan.

Pilihan salad juga tidak ketinggalan dan apa yang menarik roti canai yang cukup lembut dan terbaik disajikan dengan kuah kacang dhal dan nasi lemak dan dim sum dan sup jepun.

Sebagai tambahan pada menu sarapan pagi, setiap tetamu boleh membuat tempahan sama ada ingin minum teh atau kopi panas atau brewed kopi, english tea dan green tea.

Bukan itu sahaja, turut terdapat beberapa pilihan keju dan yogurt antaranya, Camembert, emmental serta yogurt strawberi, biasa dan mangga.

Paling menarik adalah pilihan telur sama ada ingin menikmati dengan “Over Easy, Poached, Sunny Side-Up dan Omelette dan hanya bagitau sahaja semuanya akan dihidangkan di atas meja..

Untuk tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 03 7843 1234, ext.6122 atau email dine@thesaujana.com atau www.shr.my

#thesaujanahotel #charcoal #breakfast
#FireflyAirlines
#FlyFirefly
#Fireflyz
#discoverselangor
#tourismselangor
#smartselangor
#takemeanywhere
#thesaujanahotelkualalumpur
#travel #mediatrip #famtrip #vacation #flying #awesome #perfect #sempoibaqhangbyabgrudy