Gabungan Sajian Bufet Makan Malam Nyonya & Thai Tarikan Terbaru Iconic Hotel Penang

Gabungan Sajian Bufet Makan Malam Nyonya & Thai Tarikan Terbaru Iconic Hotel Penang

Gabungan dua sajian masakan Nyonya dan Thai menjadi tarikan terbaru bufet makan malam Hotel Iconic Pulau Pinang pada bulan ini.

Hanya RM98+ sahaja untuk dewasa manakala potongan 50% diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas termasuk mereka yang meraikan ulangtahun kelahiran.

Mercikkk.Com turut berkesempatan mencuba sajian terbaru itu sebagai promosi dan ia memang cukup melazatkan dan mempersonakan baik untuk pengunjung tanpa mengeluarkan wang lebih untuk pergi ke Thailand kerana di Hotel Iconic Pulau Pinang segalanya ada.

Sajian istimewa Bufet Makan Malam Nyonya dan Thai ini bermula pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Lebih istimewa lagi, hidangan Meing Kam bersama kacang dan udang kering dan Salad Som Tam Thai dengan hirisan betik turut disajikan dengan 100 peratus rasa Thai, Menarik Bukan?

Jom!!! apa lagi kerana pelbagai pilihan menu istimewa disajikan bermula dari kaunter salad seperti buah ceri, kobis, timun, bawang besar, capsicum, lobak bersama sos salad istimewa.

Gabungan Nyonya dan Thai tidak akan lengkap tanpa ulam kerana terdapat ulaman seperti daun Pegaga, Ulam Raja, Kacang Botol, Bendi , Serai, Limau Kasturi, Pudina, Daun Kadak, Daun Selasih , Daun Kesom, Bunga Kantan, Petai, Taugeh dan banyak lagi.

Turut disajikan sajian makanan laut seperti Scallop,
Unagi, Kaki Ketam, Udang, Tuna Merah, Ikan Salmon, Sotong Kecil, Beef Salami, Itik Pangang serta pilihan keropok ikan, udang dan sayur sayuran, papadom.

Pilihan buah-buahan juga dihidangkan termasuk longan, epal hijau, oren, kiwi, nangka, tembikai, nenas dan lain-lain.

Untuk sajian sup pula pastinya ada Tomyam, Sup Ayam dengan pilihan isi kerang, sotong, daging, kambing bersama roti bun dan mentega.

Bagi mereka yang menyukai sajian Nyonya dan Thai pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba pilihan sambal termasuk cincaluk, sambal mangga, kicap masin, kicap manis, belacan, sambal asam, sos pelam dan sambal udang.

Untuk sajian utama pula disajikan Rendang Daging,
Sotong Masak Asam Pedas, Sotong Masak Lemak, Nasi Kunyit, Phad Prikkhing (Sayur Kacang Panjang dengan Daun Basil), Geang Massaman Gai (Kari Ayam), Geang Keaw Whan Baa (Kari Kambing Masak Hijau), Phad Thai (Mee Goreng) dan Kao Suay, Sate Ayam, Shawarma Ayam.

Untuk sajian pencuci mulut disajikan cendol dan ais kacang, berserta kuih nyonya, ais krim potong, kek, bubur kacang, bubur cha-cha dan Kao Neaw Mamuang (Pulut Mangga).

Untuk tempahan boleh call 604-5059988.

#iconichotelpenang #buffetdinner #nyonyaandthai #nyonya #thai #iconichotel