MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MFBHSB) lancar bilik pameran skuter elektrik pertama di Pulau Pinang, Malaysia

MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MFBHSB) lancar bilik pameran skuter elektrik pertama di Pulau Pinang, Malaysia.

MFBHSB cipta sejarah negara apabila melancarkan bilik pameran skuter elektrik (e-scooter) NIU N-Series yang pertama di negara ini.

Berlokasikan di 170-G-76, Plaza Gurney, Georgetown Pulau Pinang memperlihatkan jenama e-scooter buatan Shanghai, China ke pasaran tempatan sekaligus membuka mata pasaran Asia Tenggara di masa akan datang.

Pengurus Besar Operasi MFBHSB, Asri Ahmad berkata, atas sambutan yang mengalakkan jenama motosikal skuter elektrik di seluruh dunia maka pihak MFBHSB optimis untuk membuka rangkaian perniagaan di Pulau Pinang, Malaysia.

Beliau berkata, sebagai sasaran kita menjangkakan dan mengharapkan 5,000 unit motosikal skuter elektrik NIU akan terjual setiap bulan kerana menampilkan satu gaya tarikan inovatif yang mampu capai kejayaan cemerlang.

Katanya, skuter elektrik NIU N Series ini dikuasakan enjon elektrik jenama Bosch dengan menggunakan bateri lithium ion seberat 10 kilogram dari Panasonic dengan kuasa jaminan selama dua tahun.

“Untuk mengecas bateri juga amat mudah kerana senang dibawa ke rumah atau pejabat dalam tempoh enam jam mengecas dan mampu bergerak sejauh 50-70 kilometer.

“Dengan empat warna pilihan skuter NIU iaitu putih, hitam, biru dan merah dan spekasi berat jentera hanya 95 kilogram dan mampu membawa muatan sehingga 200 kilogram dengan reka bentuk yang unik.

“Antaranya adalah tiga mode pilihan pemanduan, pengecas USB, penyangkut beg dan kompat khas ditempat duduk.

“Bukan itu sahaja, paparan papan dash yang cantik, lampu ICON, brek cakera piston pendua, lampu belakang teknologi LED dan paparan letak kaki yang cukup dinamik,” katanya ketika ditemui petang di Majlis Pelancaran di Plaza Gurney semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh dan Naib Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Lim Hock Chye.

Azri berkata, NIU juga dilengkapi GPS trakking untuk semua skuter, Elektric Braking System (EBS) dan bermacam lagi.

Harga bagi setiap unit dijual pada harga RM8,800 seunit dan sudah mula terjual di seluruh negara dan orang ramai boleh datang ke Plaza Gurney untuk pandu uji.

#mfbhsb #NIUscooter #scooter #ebike #plazagurney #penang #malaysia