IKEA BATU KAWAN DIBUKA 8 HARI LAGI

IKEA BATU KAWAN DIBUKA 8 HARI LAGI

HANYA tinggal lapan hari sahaja lagi, IKEA Batu Kawan akan dibuka secara rasminya kepada orang ramai khususnya warga penduduk di Wilayah Utara.

IKEA, peruncit kelengkapan rumah terkemuka Sweden ini menjanjikan 1001 keistimewaan pada hari yang penuh keseronokan buat seisi keluarga dan mengalu-alukan kehadiran semua ke pembukaan gedung IKEA yang keempat di Malaysia yang sekian lama dinanti-nantikan.

Pastinya IKEA Batu Kawan merupakan gedung pilihan yang mendapat pelbagai reaksi dan permintaan orang ramai agar lebih banyak gedung seumpama ini dibuka di seluruh negara.

Segalanya ada di sini dan gedung ini akan memenuhi segala keperluan gaya hidup di bandar buat semua penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia

IKEA Batu Kawan menampilkan adunan unik warisan Sweden dan budaya tempatan yang bermula daripada persoalan dan penyelesaian dalam mencari kelengkapan rumah sehingga ruang kehidupan.

Tepat pada jam 10 pagi, Khamis depan (14 Mac 2019) berjuta-juta pelanggan dari Wilayah Utara akhirnya akan dapat menikmati akses mudah kepada kelengkapan rumah daripada Sweden yang bereka bentuk menarik, berfungsi, dan pada harga sangat rendah apabila mengunjungi IKEA Batu Kawan.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan kerana akhirnya visi utama untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai akhirnya menjadi kenyataan,” kata Pathmalingam Arumugam, Pengurus Stor IKEA Batu Kawan.
 
IKEA Batu Kawan menyediakan lebih 8,000 produk kelengkapan rumah serta 49 bilik pameran berinspirasikan sentuhan tempatan dan paling istimewa 10,000 pelanggan yang pertama akan menikmati pelbagai barangan percuma, di samping promosi dan aktiviti dalam gedung bagi seisi keluarga sepanjang minggu pembukaan gedung.

Sejumlah 1,950 tempat letak kereta disediakan serta akses mudah melalui Jambatan Pulau Pinang Kedua dan dikedua-dua leburaya utara (Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara–Selatan),

Untuk mengunjungi IKEA Batu Kawan terletak di alamat 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi dan aktiviti lain dalam gedung ini boleh layari IKEA.my/BatuKawan.
 
#ikeamalaysia #ikeabatukawan #prapelancaran #media #portalonline #special #awesome #mercikkk.com