JANGAN BUAT SEMPOI, PATUHI UNDANG-UNDANG

JANGAN BUAT SEMPOI, PATUHI UNDANG-UNDANG

PATUHILAH undang-undang ketika berada di negara orang bagi mengelak ditahan pihak berkuasa khususnya polis di Thailand.

Undang-undang tetap undang-undang dan salah tetap salah dan tiada yang dapat membantu apabila ia dicabuli segelintir rakyat Malaysia dengan sikap lagak dan sombong.

Apa yang lebih membimbangkan apabila jumlah kemalangan jalan raya membabitkan rakyat Malaysia sehingga menyebabkan kematian juga tidak terkecuali dan agak serius.

Mercikkk.Com berkesempatan menghadiri Workshop How To Ride & Drive Safe In Thailand anjuran Malaysia Thailand Rides Association (MALTHA) dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla dan Thaksin University

Terlalu banyak pengkongsian maklumat diberikan mengenai undang-undang di Thailand, Tuntutan Insuran dan bermacam lagi.

Hadir sama, Naib Gabenor Songkhla, Rachit Sudpoom dan Presiden Maltha, Soontorn Noiboonma

Paling istimewa apabila Mercikkk.Com dapat berbual mesra dengan Konsul Jeneral Thailand di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar sambil berkongsi maklumat dan diberitahu jumlah kemasukan pelancong Malaysia melalui Pintu Masuk Sempadan Bukit Kayu Hitam juga meningkat antara 10,000 orang sehari pada hari biasa dan 35,000 orang sehari pada cuti hari minggu dan cuti sekolah.

Dalam perbualan yang dilakukan pihak Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla menitik beratkan soal kesedaran dimana rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mematuhi undang-undang apabila memasuki negara jiran.

Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia agar dapat mengelak daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara sekiranya disabitkan dengan kesalahan semasa berada di negara ini.

Terdapat lima peraturan yang ditetapkan antaranya
tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan, tidak menghisap rokok elektronik atau vape, tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar, mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.

Lima peraturan baru itu harus dan perlu dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari perkara berkenaan dan bagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan akan tahu peraturan itu dan hanya segelintir sahaja yang masih belum tahu.

Menurut Mohd Afandi seperti kejadian yang berlaku
baru-baru ini (Januari lalu) mengenai seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie.

“Kesalahan membawa dan menggunakan walkie talkie di Thailand adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya sekali.

“Menghisap rokok elektronik atau vape boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000) tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.

“Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan) serta merokok di pantai popular seperti Pantai Samila boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

“Kita (konsul) mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan undang-undang di negara ini,” katanya.

Ends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *