GEDUNG IKEA BATU KAWAN DIBUKA HARI INI

GEDUNG IKEA BATU KAWAN DIBUKA HARI INI

IKEA Batu Kawan menunaikan janjinya apabila membuka gedung secara rasminya pada hari ini dengan menjanjikan 1001 keistimewaan kepada pelanggan setianya.

Tepat jam 10 pagi menjadi detik sejarah selepas majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan pintu IKEA Batu Kawan dibuka kepada orang ramai.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia, Christian Rojkjaer dan Timbalan Pengarah Bhg Peruncitab IKEA Southeast Asia, Gerard Jansen dan Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A Pathamalingam.

IKEA, peruncit kelengkapan rumah terkemuka Sweden ini dilengkapi ruang peruncitan seluas 470,146 kaki persegi dengan lebih 8,000 kelengkapan rumah yang gedung terbaru ini merupakan gedung IKEA yang keempat di Malaysia.

Pathmalingam berkata, apa yang menarik dan terdapat di gedung keempat ini adalah smales, tempat permainan kanak-kanak, 49 ruang pameran , markethall, restoran IKEA berkapisiti 815 orang dengan pelbagai hidangan yang lazat, Bistro IKEA yang menjual karipap terkenal, Bakeri IKEA yang menyediakan roti segar serta kedai makanan khas Sweden.

“Seramai 300 kakitangan IKEA akan membantu pelanggan serta memberikan satu pengalaman baru membeli belah di IKEA Batu Kawan untuk memenuhi keperluan seramai 6.6 juta penduduk dengan pelbagai penyelesaian keperluan kelengkapn rumah dengan gaya hidup yang tersendiri.

“IKEA Batu Kawan sedia menjadi rumah di Wilayah Utara yang lebih selesa, indah dan menakjubkan selain dapat melonjakkan Batu Kawan sebagai sebuah pusat perniagaan yang popular.

“Bersempena majlis pembukaan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya kiosk gambar IKEA, lukisan muka, pemberian belon percuma, penampilb maskot dan lain-lain.

“Tawaran eksklusif disediakan untuk ahli IKEA Family seperti makanan, percetakan kanvas Trishaw Captain serta bertemu artis mural Trishaw Captain,” katanya.

INFO

LOKASI
#No. 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia.
#1,955 tempat letak kereta disediakan
#perkhidmatan bas percuma dari Design Village ie IKEA dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
#waktu operasi jam 10 pagi hingga 10 malam.
#restoran IKEA dibuka jam 9.30 pagi

#ikeamalaysia #ikeabatukawan #prapelancaran #media #portalonline #special #awesome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *