GURNEY RESORT HOTEL TAMPIL SARAPAN PAGI 2 DALAM 1

GURNEY RESORT HOTEL TAMPIL SARAPAN PAGI 2 DALAM 1

Ingin menikmati juadah berkonsep 2+1 dalam satu bufet sarapan pagi, Ayuh!!!! kita mengunjungi dan menginap di Hotel The Gurney Resort & Residences Pulau Pinang untuk merasai kenikmatan dan kesedapan menu sarapan pagi yang cukup istimewa.

Dengan harga RM25nett untuk dewasa dan RM18nett untuk kanak-kanak pastinya merasakan amat berbaloi harga yang ditawarkan selera pelbagai sajian yang dihidangkan juga berkonsepkan istimewa iaitu ‘Vegetarian atau Non-Vegetarian’.

Bertempat di Aras 1, The Gurney Coffee House mengamit kedatangan pengunjung khususnya Mercikkk.Com apabila dijemput secara eksklusif untuk merasai sendiri pengalaman menginap selama 3 hari 2 malam dan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar Hotel The Gurney Resort & Residences Pulau Pinang, Navil Nishaal di atas jemputan yang diberikan.

Jom! Kita terokai sajian menu Bufet Sarapan Pagi yang cukup melazatkan bermula dengan Bihun Sup Tomyam diikuti pelbagai pilihan jus sama ada jus oren, jambu batu atau hanya ais kosong serta tidak ketinggalan minuman panas seperti teh, kopi, coppucino, latte dan lain-lain.

Sajian Bufet Sarapan Pagi turut menampilkan bubur ayam dan biasa dengan pelbagai pilihan ramuan sam ada telur masin, ikan bilis, daun bawang, kicap dan lain-lain dan pastinya bufet sarapan pagi tidak akan lengkap tanpa kaunter telur khususnya pengemar ‘omelette’, sunny side-up, scramble egg dan half boiled egg.

Sebut sahaja, semua akan dibuat secara istimewa untuk anda dan pilihan sajian sarapan pagi ditambah lagi dengan waffle, pilihan roti sandwich dan roti whole meat dengan pelbagai pilihan jem antaranya strawberi, mentega kacang, madu, kaya dan lain-lain.

Di kaunter ‘vegetarian’ turut menampilkan satu sajian istimewa seperti Sayur Goreng Campur, Popia Sayur dan Mee Goreng Vegetarian dan pastinya hidangan ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari pengunjung.

Untuk sajian utama, pengunjung disajikan set sayur-sayuran dan salad bersama sos dressing, strawberry yogurt, nasi lemak dengan kacang tanah goreng, telur, ikan bilis dan timun diikuti kacang peace, bread pudding, ayam rendang, sayur lemak dan lain-lain.

Pastinya ianya cukup berbaloi dengan sajian yang ditampilkan cukup istimewa dan menjimatkan buat pelancong yang datang menginap di sini atau bertemu rakan-rakan, sanak saudara atau rakan niaga untuk bermesyuarat, beriadah dan bermcam lagi.

Untuk sebarang tempahan anda boleh menghubungi talian 604-3707000

#promotions #breakfast #bufet #food #foodtrip #foodpics #hotel #gurneyhotelresortandresidence #travel #travelspot #travelblogger #travel_captures #delicious #awesome #awesomefood #awesome_shot #penanghotels #penangites #penangpromotions #fourstarshotel #businesshotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *