Nasi Briyani Ayam & Kambing Claypot memang terliur beb!!!

Nasi Briyani Ayam & Kambing Claypot memang terliur beb!!!

Keenakkan dan kesedapan Nasi Briyani Ayam Claypot menjadi tarikan terbaru buat pengunjung yang datang ke The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang.

Nasi Briyani Ayam Claypot

Bukan sahaja Nasi Briyani Ayam Claypot tetapi pengunjung juga boleh mencuba Nasi Briyani Claypot Kambing yang tiddak kurang lazatnya dengan menampilkan 1001 rasa lain dari yang lain dan pastinya memang sempoi….

Kepadatan rasa, rempah membangkitkan citarasa tersendiri kedua-dua sajian istimewa ini yang kini giat dipromosikan kepada pengemar makanan khususnya yang meminati dan menyukai sajian asli dari India.

Mercikkk.Com berkesempatan merasa dan mencuba kedua-dua sajian istimewa ini selepas menerima jemputan dari pihak pengurusan The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang untuk mengadakan review dan preview untuk sajian A-La-Carte.

Sekalung perhargaan buat Pengurus Besar The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang, Navin Nishaal kerana sudi menjemput Mercikkk.Com untuk bercuti sambil bekerja selama 3 hari 2 malam secara eksklusif mulai Jumaat.

Jom kita preview Nasi Briyani Ayam dan Kambing Claypot yang cukup istimewa ini dan kesimpulan memang sedap dan terbaik malah bukan niat untuk memuji lebih-lebih tetapi tidak dinafikan kedua-dua sajian ini memang perhhhhh mercikkk!!!!.

Untuk menikmati kedua-dua sajian ini yang disajikan secara A-La-Carte ini menampilkan nasi briyani claypot bersama kari ayam atau kambing mengikut pilihan masing-masing disamping kepingan papadom, kari kacang dal dan sayuran.

Tidak cukup itu setiap sajian diberikan segelas Teh O Ais Limau dan ramai juga ingin mengetahui harga bagi setiap sajian hanya RM19.90 sahaja.…..Murah dan cukup berbaloi sekali dan paling istimewa sajian ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10.30 malam.

Tidak ketinggalan Set Cucur Udang bersama satu gelas Teh Tarik hanya RM10 sahaja dan tidak lama lagi akan memperkenalkan Mee Wantan dsn Mee Sup Wantan dan Mee Kari.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 604-3707000

#promotions #nasibriyaniayamdankambing #A-la-Carte #food #foodtrip #foodpics #hotel #gurneyhotelresortandresidence #travel #travelspot #travelblogger #travel_captures #delicious #awesome #awesomefood #awesome_shot #penanghotels #penangites #penangpromotions #fourstarshotel #businesshotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *