Percutian di The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang Mengamit 1,001 Memori Indah.

Percutian di The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang Mengamit 1,001 Memori Indah.

Taman Air Mini Splash On 7 menjadi tarikan utama pengunjung setiap kali datang bercuti atau menginap bersama keluarga tercinta di The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang.

Lebih mempersonakan apabila taman air mini yang terletak di tingkat 7 dilengkapi kolam renang, kolam infiniti, kolam ombak untuk kanak-kanak dan water slide dan lebih menarik lagi turut disediakan aktiviti bola tampar pantai, ping pong, darts dan permainan video.

Menarik bukan? Pastinya kedatangan anda akan disambut dengan penuh senyuman kakitangan hotel yang cukup berdedikasi menyambut kedatangan anda ketika melangkah masuk ke kaunter daftar masuk.

Mercikkk.Com merakamkan perhargaan dan ucapan terima kasih apabila dijemput secara eksklusif oleh The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang terutama Pengurus Besar, Navin Nishaal dan Pengurus Komunikasi Media, Mellissa King untuk datang bercuti dan merasai pengalaman bermalam di hotel bertaraf empat bintang.

“Selesa, Santai dan Sempoi,” itulan perasaan yang mampu diungkapkan ketika menginap selama 3 hari 2 malam bersama keluarga dan pastinya percutian indah di The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang mengamit 1,001 memori indah.

Apa tidaknya, hotel yang terletak di No.18, Jalan Persiaran Gurney, Pulau Pinang ini menawarkan penginapan yang cukup selesa dan murah seperti berada dirumah sendiri dimana setiap pengunjung yang datang ke sini akan merasai satu pemandangan indah menyaksikan panorama laut yang cukup mendamaikan.

Bilik 3502 yang berada di tingkat 35 menjadi kenangan terindah buat penulis sekeluarga apabila dapat merasai bermalam di Two-Bedroom Suite yang cukup luas, selesa dan tenang.

Dengan dua bilik penginapan selain dilengkapi ruang sofa, dapur, jacuzzi dan shower terasa seperti berada di dalam istana moden.

The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang memiliki dua jenis bilik iaitu Studio Suite seluas 515 kaki persegi dan Two-Bedroom Suite seluas 950 kaki persegi dimana terdapat lebih 230 bilik kesemuanya.

Setiap bilik memiliki kolam jacuzzi, sofa lounge, cable tv, fasiliti kopi dan teh, surat khabar harian, mesin basuh , internet berkelajuan tinggi, bar mini, restoran dan macam-macam lagi termasuk kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan bilik 24 jam, business centre, kawalan kamera CCTV dan surau.

Bukan itu sahaja, The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang turut memiliki Grand Ballroom seluas 765 kaki persegi dan foyer seluas 244 kaki persegi, empat dewan persidangan, tiga bilik mesyuarat dan amat sesuai untuk program sektor kerajaan mahupun swasta selain sedia untuk menerima tempahan majlis perkahwinan.

Jadi, tunggu apa lagi kunjungi The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 04-3707000 atau faksimili 04-3704000 / email : gurney-hotel@myjaring.net / website – www.gurney-hotel.com.my

Sementara itu, Navin menambah The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang mensasarkan untuk mewujudkan persekitaran dan suasana kerja yang lebih selesa selain memgimpikan penginapan yang selesa terutama pada pelanggan yang datang ke sini.

“Kami menantikan kedatangan anda di sini dan SELAMAT DATANG KE HOTEL GURNEY PULAU PINANG,” katanya.

#promotions #bufet #food #foodtrip #foodpics #hotel #gurneyhotelresortandresidence #travel #travelspot #travelblogger #travel_captures #delicious #awesome #awesomefood #awesome_shot #penanghotels #penangites #penangpromotions #fourstarshotel #businesshotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *