Bikers Kental 2 meletopsss di Penang

Bikers Kental 2 meletopsss di Penang

Kehangatan filem Bikers Kental 2 yang kini masih lagi hangat di tayangkan di pawagam terus menerima sambutan luar biasa apabila beberapa pelakon utama turun padang mempromosikan sambil meraikan peminat di TGV 1st Avenue, Georgetown Pulau Pinang petang tadi.

Dua lokasi menjadi lokasi pilihan antaranya TGV 1st Avenue dan GSC Seberang Jaya dimana dianggar lebih 300 peminat hadir memeriahkan sesi bertemu peminat yang diadakan pada jam 2 petang dan 4 petang.

Antara barisan artis yang hadir terdiri Datuk Awie (Eddie) , Datuk Afdlin Shauki (Aidid) , Zizan Razak (Bidin Al-Zaifa) dan pelakon Thailand, Kaewkorravee (Saiya Sukaporn).

Kehadiran keempat-empat pelakon disambut meriah dengan sorakan dan tepukan penonton yang hadir untuk tidak melepaskan peluang bertemu dengan artis kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi sambil bergambar.

Bukan itu sahaja, peminat yang telah membeli tiket wayang ataupun memiliki tiket wayang Bikers Kental 2 berpeluang menukar tiket wayang dengan sehelai t-shirt eksklusif Bikers Kental 2.

Apapun sekalung tahniah di atas kejayaan apabila berjaya mencatat kutipan lebih RM3 juta dalam tempoh 4 hari bermula dari hari tayangan pada 14 Mac lalu dan pastinya kutipan akan terus mencanak naik setiap hari dan tidak mustahil akan mencecah kutipan box-office dan kutipan Bikers Kental yang terdahulu sekitar hanya RM2.72 juta sahaja.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut informasi dan promosi boleh follow dan like FB Page rasmi Bikers Kental 2.

#KamiBikersKental #Brotherhood #Ride #Denyut #BikersKental2Roadshow #RoadToBoxOffice