MALAYSIA AIRLINES TAWAR POTONGAN ISTIMEWA

MALAYSIA AIRLINES TAWAR POTONGAN ISTIMEWA

Malaysia Airlines menawarkan potongan istimewa sehingga 30 peratus kepada pengunjung yang hadir di Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang 2019 pada 5 hingga 7 April ini.

Pameran yang diadakan selama tiga hari itu akan diadakan di Setia Spice Arena, Bayan Lepas memberi peluang pengunjung untuk mendapat potongan penerbangan kelas perniagaan dan ekonomi ke 59 destinasi.

Ketua Bahagian Wilayah Malaysia dan Brunei MAS, Roslan Ismail berkata, setiap pengunjung juga berpeluang mendapatkan potongan 30 peratus penerbangan Firefly selain turut memperkenalkan laluan terbaru dan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuantan bermula 8 April ini.

Beliau berkata, pada tahun ini Pameran MATTA turut mengadakan peraduan Buyer Contest dimana Malaysia Airlines akan memberi satu tiket Kelas Perniagaan dari Pulau Pinang ke Xiamen selain tawaran hadiah istimewa berupa tiket kelas ekonomi ke Kuala Lumpur, Saigon dan Kochi dari Pulau Pinang serta berpeluang memenangi satu tiket penerbangan Firefly ke Phuket atau Pulau Pinang ke Kuantan.

“Kita mengalakkan pengunjung dapat mengambil peluang keemasan untuk merancang percutian lebih awal menerusi tawaran istimewa ini,” katanya ketika sidang media di sini pagi semalam.

Roslan berkata, Malaysia Airlines juga turut mengumumkan penerbangan ke Kochi bermula 31 Mac termasuk penerbangan tiga kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Melbourne bermula 1 Julai hingga 30 September depan.

Beliau berkata, penerbangan ke Perth juga turut ditambahbaikkan pesawat A330-200 bermula 1 April ini serta menambahkan lagi penerbangan ke Osaka, Sri Lanka, Jakarta dan Bangkok.

“Kita juga menaiktaraf kabin pesawat A380a dan A350s kepada Suite Perniagaan atau “Business Suite” untuk pelanggan kelas perniagaan yang semakin mendapat tempat dan permintaan yang cukup memberansangkan.

“Suite Perniagaan itu bukan sahaja dilengkapi kaunter daftar masuk, kemudahan lounge kelas pertama, elaun bagasi sehingga 50kilogram dan bermacam lagi.

“Tidak ketinggalan pengunjung ahli perniagaan pihak Malaysia Airlines turut mengambil berat kebajikan pelajar mahupun mahasiswa dan mahasiswi berusia 18 hingga 25 tahun layak mendapat potongan tambang istimewa sehingga 20 peratus sepanjang tahun, elaun bagasi sehingga 10 kilogram.

“Kita juga memberi kemudahan percuma penukaran waktu penerbangan, kawan, keluarga dan Enrich Member selain menyediakan perkhidmatan “interline” pelanggan ke destinasi pilihan,” katanya.

Pengunjung juga boleh layari MATTA FAIR PENANG OFFICIAL FACEBOOK atau Twitter – @MATTA_FAIR untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

MATTA PULAU PINANG 2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah PERCUMA.

#mattafairpenang #mercikkk.com #travel #MATTAFairPenang #MATTAFair #MATTAMY