MATTA FAIR PENANG 2019 KEMBALI MENYENGAT!!!!

MATTA FAIR PENANG 2019 KEMBALI MENYENGAT!!!!

Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang 2019 kini kembali menyengat dengan pelbagai tawaran yang cukup menakjubkan.

MATTA PULAU PINANG 2019 akan bermula dari 5-7 April 2019 bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang itu turut menyasarkan kehadiran kira-kira 35,000 orang pengunjung selama tiga hari pameran diadakan.

Setiausaha Kehormat MATTA, Nigel Wong berkata, selain pertambahan biloangan pengunjung yang semakin mengalakkan setiap tahun unjuran jualan juga mencatatkan kenaikan dari RM20 juta kepada RM31.6 juta pada Mac dan September tahun lalu.

Beliau berkata, tahun ini unjuran jualan kira-kira RM35 juta disasarkan pada pameran MATTA Pulau Pinang dengan membabitkan 263 booth pameran dari 76 agensi pelancongan domestik dan antarabangsa yang mengambil bahagian.

Katanya, pada tahun ini MATTA Pulau Pinang turut mendapat perhatian dari Kementerian Pelancongan Repulik of Indonesia dan Pejabat Pelancongan Macau yang hadir menawarkan pakej-pakej pelancongan yang cukup istimewa.

“Kita juga berbangga apabila turut berkerjasama dengan Malaysia Airlines sebagai penerbangan rasmi MATTA Pulau Pinang 2019 buat tahun kedua dari tahun 2017.

“Sebagai tarikan MATTA Pulau Pinang 2019, Malaysia Airlines turut menawarkan potongan 30 peratus tambang ke destinasi seluruh negara termasuk hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi Peraduan “Buyers Contest”.

“Hadiah berupa satu tiket kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Xiamen, satu tiket kelas ekonomi ke Kochi, Ho Chi Minh City dan Kuala Lumpur yang bakal menjadi rebutan,” katanya ketika ditemui semasa sidang media di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pagi tadi.

Hadir samq, Ketua Bahagian Wilayah Malaysia dan Brunei MAS, Roslan Ismail.

Nigel menambah, Firefly Airlines juga tidak ketinggalan menawarkan potongan tambang 30 peratus ke semua destinasi penerbangan Firefly selain turut berpeluang memenangi satu tiket pergi dan balik ke Phuket, Thailand dan Kuantan.

Selain itu juga, Firefly turut memperkenalkan dan menawarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuantan kepada pelanggan bermula dari 8 April ini.

“MATTA Pulau Pinang 2019 turut melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Tabung Darah Kebangsaan dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan untuk menyumbang darah dan taklimat kesihatan mengenai penyakit buah pinggang.

“Pengunjung juga boleh layari MATTA FAIR PENANG OFFICIAL FACEBOOK atau Twitter – @MATTA_FAIR untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

MATTA PULAU PINANG 2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah PERCUMA.

#mattafairpenang #mercikkk.com #travel #MATTAFairPenang #MATTAFair #MATTAMY