29 HADIAH ISTIMEWA MENANTI PENGUNJUNG MATTA FAIR 2019 PULAU PINANG

29 HADIAH ISTIMEWA MENANTI PENGUNJUNG MATTA FAIR 2019 PULAU PINANG

29 hadiah bernilai RM30,000 menanti pengunjung bertuah bersempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang 2019 bermula Jumaat hingga Ahad ini.

MATTA PULAU PINANG 2019 diadakan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang itu turut menyasarkan kehadiran kira-kira 35,000 orang pengunjung selama tiga hari pameran itu diadakan.

Setiausaha Kehormat MATTA, Nigel Wong berkata, setiap tahun MATTA FAIR PULAU PINANG mencatatkan perkembangan dan sambutan yang cukup positif apabila berjaya mencatatkan unjuran keuntungan jualan dari RM31.6 juta pada Mac dan September tahun lalu.

Beliau berkata, tahun ini unjuran jualan bernilai RM35 juta disasarkan pada pameran MATTA Pulau Pinang 2019 dengan pembabitan 264 booth pameran dari 42 agensi pelancongan, lima agensi pelancongan negeri, (2) agensi pelancongan peringkat kebangsaan, 16 hotel, resort dan taman tema, dua syarikat penerbangan, (2) pertubuhan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan 12 agensi lain-lain.

“Kita juga berbangga apabila turut berkerjasama dengan Malaysia Airlines sebagai penerbangan rasmi MATTA Pulau Pinang 2019 buat tahun kedua dari tahun 2017.

“Sebagai tarikan MATTA Pulau Pinang 2019, Malaysia Airlines turut menawarkan potongan 30 peratus tambang ke destinasi seluruh negara termasuk Firefly juga menawarkan potongan sehingga 52 peratus ke seluruh destinasi penerbangan Firefly.

“Selain itu, program kempen derma darah juga turut diadakan sebagai salah satu program CSR bersempena MATTA Pulau Pinang pada tahun ini,” katanya dalam sidang media pagi tadi.

Nigel menambah, MATTA Pulau Pinang turut mengadakan peraduan “Buyer Contest” dimana setiap pembelian RM200 pakej pelancongan, setiap pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM30,000.

“Antara hadiah ditawarkan adalah tiket penerbangan, percutian kapal persiaran mewah, hotel dan tiket taman tema dan hadiah utama sdalah satu tiket kelas perniagaan dari Penang ke Xiamen tajaan Malaysia Airlines.

“Hadiah cabutan bertuah harian juga dibuat dengan pelbagai tawaran menarik termasuk hotel penginapan dan tiket penerbangan serta pakej percutian empat hari tiga malam ke Sydney, Australia dan Shanghai, China dan pakej percutiaan tiga hari dua malam ke Bali, Indonesia tajaan Golden Destinations katanya.

Pengunjung juga boleh layari MATTA FAIR PENANG OFFICIAL FACEBOOK atau Twitter – @MATTA_FAIR untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

MATTA PULAU PINANG 2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah PERCUMA.

#mattafairpenang #mercikkk.com #travel #MATTAFairPenang #MATTAFair #MATTAMY