Miss Tourism International 2018/2019 Indonesia curi tumpuan MATTA FAIR PENANG 2019.

Miss Tourism International 2018/2019 Indonesia curi tumpuan MATTA FAIR PENANG 2019.

Keayuan dan pesona wajah ratu cantik dari Indonesia dan juga pemenang Miss Tourism International 2018/2019 mencuri tumpuan pengunjung yang hadir di Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang 2019 di Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

Astari Indah Vernideani, 22, seorang mahasiswi dalam bidang Sarjana Komunikasi Korporat di London School of Public Relations di Jakarta, Indonesia begitu teruja apabila buat pertama kalinya diberi peluang datang berkunjung ke Pulau Pinang.

Baginya perasaan gembira dan teruja apabila hadir di Pameran MATTA 2019 dan inilah adalah kunjungan kedua selepas Pameran MATTA 2019 di PWTC, Kuala Lumpur bulan lalu.

Kunjungan ke Malaysia bukannya datang bercuti semata-mata tetapi ada amanat dan tugas penting perlu dilakukan antaranya mempromosikan destinasi pelancongan di Indonesia.

“Selain bertemu pengunjung sambil beramah mesra dan mempromosikan Indonesia, saya merasa cukup selesa apabila sambutan yang diterima cukup menakjubkan dari orang-orang Malaysia yang cukup ramah dan baik hati.

“Peluang keemasan seumpama ini adalah sesuatu yang amat baik dan tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja selain mempelajari lagi teknik dan kemahiran berbicara dihadapan pengunjung dengan baik.

“Saya bangga mewakili Tourism Indonesia untuk mempromosikan destinasi pelancongan seperti di Bali, Acheh, Sumatera Utara, Jawa Tengah dan destinasi terbaru Blue Fire di Jawa Barat,” katanya ketika ditemui secara eksklusif di MATTA FAIR PENANG 2019, di Setia Spice Arena, Pulau Pinang semalam.

Astari berkata, dalam bidang peragaan ini baru sahaja dalam tempoh tiga tahun dan sebelum ini pernah memenangi pelbagai anugerah di Indonesia dan pertama kali memenangi pertandingan diluar negara dalam peringkat antarabangsa.

“Saya bercita-cita menjadi pemenang Miss Universe selain mengimpikan memiliki produk kecantikan jenama sendiri satu hari nanti.

“Ayuh! semua saya akan menantikan kehadiran anda di Booth Travel Indonesia dari hari ini sehingga Ahad,” katanya.

#mattafairpenang #mercikkk.com #travel #MATTAFairPenang #MATTAFair #MATTAMY

Ends