Program Voluntourism Malaysia, Bersih dan Indah capai matlamat ajari rakyat sayangkan kebersihan alam.

Program Voluntourism Malaysia, Bersih dan Indah capai matlamat ajari rakyat sayangkan kebersihan alam.

Sayangi alam sekitar menjadi pendokong dan matlamat utama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mengajak rakyat untuk lebih menyayangi dan menyintai alam sekitar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata usaha mengalakkan dan mendidik rakyat untuk lebih bertanggungjawab mengenai alam sekitar ternyata mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.

Beliau berkata, kehadiran lebih 300 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan lain-lain bersempena Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah di Dataran Pancing, Jeti Nelayan Pulau Betong, Balik Pulau ternyata berjaya.

Katanya, ini jelas program yang diadakan itu mempunyai matlamat dan bertujuan untuk mengalakkan orang awam mengamalkan sikap menjaga kebersihan dan keindahan sekeliling terutamanya di sekitar kawasan produk pelancongan Negara sebagai bukti cinta kepada Negara selari dengan tema “Sayangi Malaysiaku”.

“Kita juga berbangga kerana program ini juga turut membabitkan serta kerjasama Duta River of Life iaitu Pelakon, Maya Karin sendiri serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) , Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Balik Pulau, Volunteers daripada Politeknik Balik Pulau, SJKT Sungai Ara, Persatuan Nelayan Pulau Betong dan ahli-ahli Trash Hero iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Pihak Kementerian juga telah menyusun beberapa aktiviti bagi menjayakan Program Voluntourism Malaysia, Bersih dan Indah seperti membersihkan kawasan sekitar termasuk sungai, menanam pokok, pengauditan sampah dan membina Ecobricks,” katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.

Muhammad Bakhtiar juga ingin berkongsi melalui media sosial mengenai keindahan dan kebersihan kawasan sekitar #Malaysiabersihindah dan #Balikpulau menerusi peraduan dan pemenang melalui #hashtag akan diumumkan selepas seminggu daripada Program Voluntourism Malaysia, Bersih dan Indah ini berlangsung dan hadiah menarik bakal menanti pemenang nanti.

Katanya, menerusi Program Voluntourism Malaysia, Bersih dan Indah pada kali ini membabitkan kutipan sampah sarap yang dikumpul oleh para volunteers dan dikumpulkan di satu kawasan dan diaudit iaitu aktiviti mengasingkan sampah untuk melihat kecenderungan jenis sampah yang dibuang di kawasan ini.

“Wakil Trash Hero akan menerangkan cara pembinaan Ecobricks daripada sampah sarap seperti plastik dan botol air dan Ecobrick adalah satu kaedah lestari untuk mengitar semula plastik kerana sifat plastik yang non-biodegradable dan tahan lasak akan mengambil masa beratus tahun untuk mereput secara semulajadi.

“Pembinaan Ecobricks secara tidak langsung dapat menjauhi plastik daripada mencemari ekosistem alam melalui kaedah kitar semula yang kreatif dan Ecobricks boleh digunakan untuk membina perabot, dinding, modular structure, bangunan dan sebagainya.

“Di akhir aktiviti Ecobricks ini akan terhasil/ terbina Ecobricks berbentuk modular structure bench yang boleh digunakan sebagai bench oleh pengunjung di sini nanti,” katanya.

Muhammad Bakhtiar menambah industri pelancongan sebenarnya menyediakan peluang pekerjaan di dalam sektor hospitaliti serta antara penyumbang utama pendapatan negara.

Menurutnya, pada tahun 2018, Malaysia telah menerima kunjungan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dengan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM84.1 bilion.

Katanya, pada tahun 2020 Kementerian telah menetapkan sasaran kedatangan pelancongan seramai 30 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 billion, selaras dengan hasrat Kementerian untuk melaksanakan kempen Visit Malaysia 2020.

“Kita mengharapkan penduduk Balik Pulau diharapkan dapat bersama-sama menyahut dan mendukung hasrat Kementerian sepanjang kempen Visit Malaysia 2020 ini,” katanya.
 
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya mengetahui potensi pelancongan di sini seperti Pantai Pasir Panjang, Program Pengalaman Homestay Malaysia, Saanen Dairy Goat Farm, Street Art oleh Julia Volchkova dan sebagainya untuk diketengahkan kepada para pelancong.

Namun, keindahan kawasan sekitar Balik Pulau akan musnah sekiranya penduduk sekitar tidak menjaga kebersihan dan membuang sampah merata-rata.

Lama-kelamaan, kedatangan pelancong asing ke Balik Pulau akan semakin berkurangan kerana disajikan dengan longgokan sampah sarap yang ditinggalkan merata-rata termasuk di dalam sungai.

Penduduk Balik Pulau hendaklah mengambil iktibar/ contoh daripada penduduk Bandar Muar, Johor yang telah dipilih menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard Award pada tahun 2017.

“Saya yakin, Balik Pulau akan dinobatkan dengan penganugerahan seumpama ini sekiranya semua penduduk melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekitar. Harus diingat bahawa kebersihan kawasan sekitar mengambarkan imej Negara di mata para pelancong,” katanya.
 
Ends