Pencarian Ratu Kebaya 2019 kini kembali dengan hadiah lumayan bernilai RM62,000

Pencarian Ratu Kebaya 2019 kini kembali dengan hadiah lumayan bernilai RM62,000

Buat tahun yang ke-10, Kompleks Bukit Jambul tampil sekali lagi tahun ini mencari jelitawan dalam memperagakan busana tradisi melayu Kebaya.

Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Operasi KBJ Joint Management Body (JMB), KH Chan berkata, acara tahunan yang menjadi perhatian ramai itu telah mengadakan ujibakat yang pertama pada 28 April lalu dengan 100 peserta telah mendaftarkan diri.

Beliau berkata, ujibakat kedua akan diadakan pada 30 Jun depan dan masih membuka peluang kepada peserta untim mendaftarkan diri sebelum tarikh tutup penyertaan pada 16 Jun depan.

Katanya, lebih membanggakan pada tahun ini bukan sahaja peserta dari Pulau Pinang tetapi dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selain peserta dari Indonesia dan Pakistan.

“Seramai 15 peserta akan terpilih ke peringkat akhir untuk merebut takhta KBJ Ms Ratu Kebaya dan 10 peserta KBJ Mrs Ratu Kebaya 2019 dengan tawaran hadiah bernilai RM62,000.

“Lebih membanggakan lagi pertandingan ini turut mendapat sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang terutama Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pembangunan Pelancongan Negeri,” katanya ketika sidang media semalam.

Hadir sama, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Pembangunan Pelancongan Negeri, Yeoh Soon Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan.

Turut hadir,Juara, KBJ Ratu Kebaya 2018, Phan Jing Mun, Pemenang Ketiga, Noor Liyana Syazwani Mohamad Nur Hadi dan Miss Malaysia Face of Beauty International 2018, K Saitissyha.

Juara akan membawa pulang anugerah Ms KBJ Ratu Kebaya 2019 disamping wang tunai RM8,8880 manakala pemenang kedua, RM3,000 dan ketiga RM2,000 berserta hadiah iringan yang lain.

Bagi Mrs Ratu Kebaya 2019 pula turut membawa pulang wang tunai RM2,000, Kedua (RM800) dan ketiga RM500 serta hadiah iringan yang lain.

Miss Face of Beauty 2019 pula akan menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000 serta hadiah iringan lain dan tiket penerbangan pergi dan balik ke Filipina termasuk mewakili Malaysia.

Sebagai rebutan bakal-bakal pemenang berpeluang untuk memenangi anugerah Miss Best Talent, Miss Body Perfect , Miss Photogenic, Miss Velvet Popularity, Miss Congeniality, Miss KBJ Popularity dan Miss Greenxagon Crowning Glory.

Kemeriahan Ratu Kebaya 2019 tidak lengkap dimana setiap tahun turut diadakan program kebajikan dengan mensasarkan kutipan berjumlah RM50,000 untuk disalurkan kepada rumah kebajikan yang dipilih.

Pertandingan Fotografi akan diadakan pada 14 Julai 2019 di Museum Hotel dan saingan Separuh Akhir KBJ Ratu Kebaya 2019 akan diadakan pada 3 Ogos dan Final pada 24 Ogos 2019.

Sebagai tambahan peserta Miss Face Of Beauty 2019 akan memperagakan pakaian mandi pada malam final itu nanti.

Bagi mereka yang ingin menyertai Ratu Kebaya 2018 , Mrs Ratu Kebaya 2018 dan Ms Face of Beuty Malaysia 2018 boleh mendapatkan borang di kaunter pertanyaan di Tingkat 1, Kompleks Bukit Jambul atau Facebook Rasmi Kompleks Bukit Jambul

Sekalung perhargaan kepada penaja termasuk KBJ, Velvet Signature Sdn Bhd, Penang Tourism dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Event Partner – Kamdar / Mydin dan Eyetalk Eyewear

Official Hair Do – Baptain

Official Make-up – MX Academy

Official Hair Care Product – Greenxagon Marketing

Official Photography – JW Photography

Apparel Sponsor

Official kebaya wear – Ronna RNT

Official Designer Wear – Ranndy Goh

Official Sport Wear – Body Glove

Photo Shooting Venue Sponsor – Penang Museum Hotel

Sponsor
Neo+ Hotel
Mei Hotel
VB Vouguebeaute
UNNY Club
Eugene Perma
Shinning Star
Danai Spa

Info

Ms Ratu Kebaya 2019 – (16-40 tahun)

Mrs Ratu Kebaya 2019 – (35-55 tahun)

Miss Face of Beauty Malaysia 2019 (16-25 tahun)

#sempoibaqhangbyabgrudy

Kompleks Bukit Jambul Rudy Syareme Sheriffudin Hotel Neo+ Penang MEI HOTEL Penang