Impian Islah & The People Tertunai

Impian Islah & The People Tertunai

12/09/2020 Off By RUDY SYAREME

Impian Islah & The People Tertunai

Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan perasaan syukur kepada Allah SWT apabila impian Islah & The People untuk merakamkan klip video terbaru akhirnya tercapai.

Segalanya bagai satu kejutan yang sama sekali tidak terfikir apabila menerima khabar gembira untuk menjalani rakaman klip video “Tunggu Dulu” di Pulau Pinang yang bermula semalam hingga Sabtu.

Pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran utama berbanding Kuala Lumpur dibuat pihak pengurusan Team Produksi Panca Abadi Automobil Sdn Bhd apabila menjadikan ia menjadi satu kelainan yang cukup unik dan luar biasa.

Islah & The People yang dianggotai Islah Sulaiman selaku vokalis bersama Wan (Bass), Harry (Keyboard), Syamel (Gitar) Shuib (Drum) dan Khairi (Violin) merasakan peluang keemasan ini sebagai peluang dan tuah kepada mereka sebenarnya.

Melihat dari segi gabungan anggota yang terdiri dari pelbagai genre lama dan baru yang menjadikan Sigus Ros Queen, Led Zeppelin, Radiohead, Muse dan lain-lain sebagai pengaruh muzik biarpun memiliki satu karisma dan identiti yang tersendiri.

Pengalaman bermain muzik di dalam dan luar negara selain pernah mengiringi pelbagai artis terkenal menjadikan Islah & The People makin dikenali ramai.

Jika sebelum ini, Islah & The People pernah merakam single berjudul ‘Cair’ dan kini muncul lagi dengan single terbaru Tunggu Dulu.

Lagu ciptaan Ahmad Abdullah dan lirik oleh Isma Zarra menjadikan irama lagu itu menjadi cukup mempersonakan dan ada daya tarikan yang sendiri.

“Kami rasa bertuah dan bangga apabila berpeluang merakamkan klip video ini di Pulau Pinang dan lebih bermakna lagi kita jalani penggambaran di Lexis Suites Penang yang sungguh cantik dan menarik.

“Pertama kali menjejaki kaki ke sini sudah bersyukur teramat sangat dan terima kasih kepada pihak hotel dan pastinya tidak lupa kepada Panca Abadi Automobil Sdn Bhd serta team produksi di atas peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksklusif l, Isma Azad Hazari berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak Lexis Suites Penang di atas kerjasama yang diberikan termasuk membenarkan menjalani pengambaran di hotel selain turut membantu mempromosikan hotel di pihak luar.

Baginya, kerjasama ini adalah satu langkah mula untuk kami terus maju lagi ke depan dalam industri hiburan ini.

Perhargaan ini saya ingin berikan kepada Pengurus Besar Lexis Suites Penang, Ben Ho dan seluruh kakitangan hotel yang memberi sepenuh kerjasama sepanjang berada di sini.

Terima kasih juga kepada semua team produksi yang memberi sepenuh komitmen dalam pengambaran ini dan berharap ia akan memberi kejayaan kepada kita semua.

Special Thanks To Lexis Suites Penang

Executive Producer- Isma Azad @isma.azad
Producer- Ahmad
Director-Elfi
Ass Director-Mohd Shafiq
Cameraman Wan Mohd Shah / Faris
MUA – Ms Hanim @lexissuites hanim_dtouch
Talent – Wafa & Isma Haikal
@wfzk @haiqalisma
Media Official @official_abgrudy & @mercikkk_official

#musicvideo
#tunggudulu
#lexissuitepenang
#pancaabadiautomobilsdnbhd
#karyawan
#jkkn
#hanim_dtouch
#mercikkk_official
#official_abgrudy