Haikal & Wafa warnai klip video Tunggu Dulu by Islah & Thy People

Haikal & Wafa warnai klip video Tunggu Dulu by Islah & Thy People

13/09/2020 Off By RUDY SYAREME

Haikal & Wafa warnai klip video Tunggu Dulu by Islah & Thy People

Peluang membintangi klip video single terbaru Islah & Thy People Tunggu Dulu adalah satu peluang keemasan yang sukar dilepaskan.

Itulah pengalaman indah yang dirasai Isma Haikal Isma Azad dan Murshidalwafa Fairuzzaki ketika ditemui Mercikkk.Com sewaktu sesi pengambaran di Hotel Lexis Suites Penang kelmarin.

Biarpun masih baru dalam dunia lakonan namun berkat tunjuk ajar proses pengambaran selama dua hari berjalan dengan lancar sekali.

Bagi Isma Haikal Isma Azad sebagai Haikal melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana semuanya berjalan dengan lancar biarpun pada mulanya agak rasa kekok kerana ia adalah pengalaman pertama dalam dunia lakonan.

“Terima kasih kepada semua terutama pada tuan pengarah yang banyak memberikan tunjuk ajar serta nasihat selain team produksi yang cukup sporting yang memberi semangat dan keyakinan kepada saya untuk melakonkan watak ini.

“Bercerita mengenai watak dalam klip video ini secara peribadi ia sesuatu yang menarik kerana perjalanan cerita melalui lagu Tunggu Dulu cukup indah dan menarik sekali.

“Secara ringkas saya melakonkan watak seorang pekerja hotel yang tiba-tiba terpikat dengan seorang gadis dan bermula perkenalan singkat di hotel tempat saya bekerja membuahkan bibit-bibit percintaan.

“Pengakhiran cerita itu nanti akan terjawab apabila siap sepenuhnya klip video ini nanti agar lebih suspen dan eksklusif untuk dinyatakan lebih awal jadi kena tunggu ya!.

“Pengambaran secara keseluruhan di Pulau Pinang dan lebih menarik lagi berlatar belakangkan Hotel Lexis Suites Penang dan sedikit lokasi pelancongan di sekitar Lebuh Armenian dan Teluk Kumbar,” katanya ketika ditemui Mercikkk.Com.

Bagi Murshidalwafa Fairuzzaki atau lebih manja disapa Wafa Fairuzzaki pula melahirkan rasa bertuah kerana terpilih daripada beberapa bakat-bakat baru yang disenarai pendek oleh pihak produksi.

“Selepas menerima panggilan terus saya bersetuju untuk menerima watak Sofia yang akan dilakonkan dan selepas diberitahu selok belok mengenai watak ia cukup menarik sama sekali.

“Terima kasih kerana memberi peluang dan mempercayai bakat seni yang ada selain sedikit pengalaman sebagai Artis Budaya, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Pulau Pinang.

“Berceritakan mengenai watak Sofia ia merupakan seorang gadis dan pelajar yang mempunyai kekasih sebelum terpikat dengan seorang lelaki dan tiba-tiba jatuh cinta di atas kepribadian yang ada pada jejaka yang cukup baik dan ambil berat.

“Namun dikala bibit bibit percintaan berputik berlakulah kejadian yang tidak diingini dan apakah kesudahan kisah cinta antara Haikal dan Sofia kena nantikan kemunculan klip video Tunggu Dulu nanti dan saya sendiri tidak sabar untuk melihatnya,” katanya.

TERIMA KASIH kepada Lexis Suites Penang kerana menjadi penaja penginapan untuk pengambaran klip video, Tunggu Dulu.

Sekalung perhargaan kepada

Executive Producer- Isma Azad @isma.azad
Producer- Ahmad Abdullah
Assistant & Coordinator – Rudy Syareme @official_abgrudy
Director- Elfi
Ass Director – Mohd Shafiq
Cameraman – Wan Mohd Shah / Faris
MUA – Ms Hanim @hanim_dtouch
Talent – Wafa & Isma Haikal
@wfzk @haiqalisma
Hotel : Lexis Suites Penang @lexissuitespenang

Media Official @official_abgrudy & @mercikkk_official

#musicvideo
#tunggudulu
#lexissuitespenang
#pancaabadiautomobilsdnbhd
#karyawan
#jkkn
#hanim_dtouch
#mercikkk_official
#official_abgrudy